TERKINI!

AWAS! Album Sesat Lagi Menyesatkan

Selepas mendapat beberapa maklumat daripada rakan-rakan serta hasil carian internet, rupa-rupanya ramai orang sudah tertipu dengan sindiket yang berlindung atas nama dakwah dan kebajikan untuk menjual CD mereka.



lirik lagu yang menyesatkan (klik untuk lebih jelas)



SM Amin- Amanat, itulah album yang dimaksudkan. Album ini dikatakan bertujuan untuk kerja-kerja amal serta dijual oleh kanak-kanak. Mereka menggunakan taktik menderma RM10 dan akan dapat CD Amanat atau kalendar. Sudah tentu orang lebih gemar memilih CD daripada kalendar.

Namun hasilnya, CD itu hanya mengandungi lagu-lagu yang mendewakan pemimpin sindiket terbabit. Dipercayai sindiket itu adalah anggota Persatuan Kerabat Raja Sakti Kedah. Dipercayai sindiket ini adalah sindiket yang sama dengan kumpulan ajaran sesat Al-Mansur. Apa yang lebih menyedihkan terdapat komposer nasyid turut terlibat dalam pembikinan album ini.

Untuk rekod,gerakan Al-Mansur hanya menerbitkan album-album nasyid melalui AM Productions seperti Balqis-Umpama Air Mengalir, Syukur-Nur Iman dan album kompilasi Merindu.

Kepada orang ramai, sila berwaspada.

gambar kredit untuk:

http://thethirdstonefromthesun.blogspot.com/2010/02/rilis-review-sm-amin-amanat.html
http://matyie1976.multiply.com/photos/photo/73/1
http://www.saripadul.com/2010/02/tertipu.html

4 komentar:

  1. terima kasih banyak2 untuk penjelasan diatas..
    - matyie1976 -

    ReplyDelete
  2. Jakim Bodoh...
    Jgn Jadi Otak Udang...
    Xpandai nk siasat

    ReplyDelete
  3. Korang tau mana diorang ni sesat korang tau ka aktiviti yang menyesatkan dari diorang siasat dulu baru bertindak ni nak main tuduh ja

    ReplyDelete
  4. Saya ada beli. ..

    ReplyDelete

Assalamualaikum & salam sejahtera,
Komenlah dgn hikmah,admin tak bertanggungjawab atas komen yang dikeluarkan oleh anda