Terkini!

Review Album- Nilai Sebuah Impian


Artis: Rahmat Mohd Noor
Album:
Terbitan: Sazul Entertainment

Siapa Rahmat Mohd Noor? Mungkin ramai peminat nasyid mengenali Rahmat melalui lagunya, Bebaskah yang terdapat dalam album Nasyid Indie Vol. I. Rahmat merupakan seorang komposer, penulis lirik serta penerbit album nasyid secara indie atau underground.

Langkah permulaan, beliau tampil dengan album pertamanya (EP), Nilai Sebuah Impian. Secara jujurnya, saya melihat Rahmat masih jauh untuk dikatakan sebagai penyanyi yang hebat. Vokalnya masih lemah dan perlu diperbaiki.

Pada mulanya saya agak berat nak beli CD Rahmat kerana kurang mengenali beliau namun tekad membuatkan saya membelinya. Album ini boleh dikatakan bergenre kontemporari.

Album ini nyata mempunyai banyak kelemahan terutama dari segi susunan vokal dan muzik yang terlalu biasa. Pembaikan perlu dibuat jika Rahmat benar-benar serius untuk menjadi artis nasyid.

Nilai Sebuah impian mengandungi lima buah lagu iaitu Subuh, Hati, Jodoh, Nilai Sebuah Impian dan Bebaskan. Kepada yang berminat, sila dapatkan dipasaran dengan harga RM14.

0 komentar:

Post a Comment

Assalamualaikum & salam sejahtera,
Komenlah dgn hikmah,admin tak bertanggungjawab atas komen yang dikeluarkan oleh anda