Terkini!

Artis Bertudung: Berdakwah Atau Berfesyen?

oleh: Studiokini

Dunia hiburan sekarang ini makin meriah dengan kehadiran artis-artis yang bertudung serta baru mulakan hijrah memakai tudung. Baik dalam bidang nyanyian,lakonan,pengacaraan ataupun mana-mana bidang yang berkaitan hiburan, kemunculan artis-artis bertudung kian mendapat tempat malah model bertudung juga kian ramai.

Jika sebelum ini fenomena artis bertudung hanya melibatkan artis-artis nasyid dan hiburan berunsur keagamaan namun kini mereka yang bergiat dalam arena muzik indie aliran biasa juga tak terlepas dari bertudung.


Misalnya,Yuna. Kehebatan Yuna sememangnya diakui. Dengan imej bertudung,Yuna juga mampu mengatasi populariti artis-artis indie yang lain malah berjaya mendapat tempat di Amerika Syarikat.

Jika kita imbas kembali,kehadiran artis bertudung bukan aliran nasyid atau keagamaan bukan baru lagi malah telah berlaku sekian lama. Misalnya, kemunculan penyanyi seperti Rayna Hairina,Salima,Heliza,Bienda dan ramai lagi. Mereka ini tampil mengenakan imej bertudung dan fesyen-fesyen tudung mereka diikuti oleh masyarakat.

Rina tampil dengan single Mana Satu dengan genre muzik pop

Kita tidak menolak tindakan mereka tampil bertudung.Namun kadang kala definisi tudung itu sendiri telah lari apabila pakaian mereka agak ketat dan tidak sesuai dengan imej tudung tersebut.Adakah tudung hanya sekadar fesyen?Kita khuatir suatu hari nanti wujud istilah 'membalut aurat',bukan menutup aurat.

Kalau hendak bertudung, artis-artis perlulah menjaga batas-batas. Jika tak mampu jaga semua,kawallah apa yang mampu. Yang dimaksudkan apa termampu ialah setidak-tidaknya pakaian usahlah menampakkan bentuk tubuh anda.

Kita khuatir dalam memakai tudung,kita bukannya berdakwah tetapi mempersendakan agama Islam.
Ada juga artis yang pernah berjanji memakai tudung apabila pulang dari tunaikan umrah atau haji namun tidak tunaikan janji tersebut.Adalah lebih jika artis yang pernah berjanji tersebut mengeluarkan kenyataan seperti seorang pelakon ini (rujuk Beautiful Nara):

“Persoalan adakah saya akan bertudung atau bilakah saya akan bertudung adalah terlalu personal untuk dijawap. Biarlah saya yang menentukan apa jua yang ingin dilakukan. Kalau boleh saya mahu ianya berlaku secara natural tanpa paksaan. Tapi jujurnya, setakat ini saya belum rasa ingin ke arah itu.”Walau bagaimanapun, langkah beberapa artis bertudung untuk menjaga batas amat disanjung tinggi.Misalnya,hijrah Erma Fatima sebagai seorang pengarah telah digunakan beliau untuk berdakwah dalam setiap projek arahan beliau. Ini merupakan langkah yang baik.

Begitu juga kenyataan Heliza beberapa tahun yang lalu untuk elak sebaik mungkin dari bersalaman dengan bukan muhram,dilihat langkah bijak. Teruskan prinsip anda tersebut!

Kepada artis-artis yang bertudung hanya sekadar fesyen, fikirkanlah adakah langkah anda itu betul.Sedikit teguran buat artis-artis yang seakan menghina agama dengan bertudung tetapi berperangai seperti 'tak bertamadun', kembali kepada landasan agama.Semoga kalian diberi hidayah.

1 komentar:

  1. Benar kata Nabi, di akhir zaman, agama ibarat berdagang (pelik).. Orang tak pakai tudung dikira biasa, tapi bila bertudung sume orang pelik..

    Kadang2 kita rasa gembira artis kita nak bertudung, tapi tak ikut etika bertudung plak.. Pakai tudung tapi dedah sana sini.. Mungkin diorg tak faham yang pakai tudung ni bukan hanya nak menutup rambut sahaja, tapi lebih dari tu.. Apa pun, kita doakan mereka benar-benar mahu kembali kepada Islam.. Ameen..

    Terima kasih kerana menerbitkan entri ini, satu artikel yang membuka minda.. Saya suka artikel macam ni..

    ReplyDelete

Assalamualaikum & salam sejahtera,
Komenlah dgn hikmah,admin tak bertanggungjawab atas komen yang dikeluarkan oleh anda