TERKINI!

Perbezaan Mujahidin Syria dan FSA

Kebelakangan ini, media dunia termasuk media di Malaysia kian aktif memutarkan belitkan apa yang berlaku di Syria. Cop 'pengganas' yang digunakan media antarabangsa ke atas para mujahidin turut digunakan oleh media Malaysia dalam melariskan jualan mereka.

Tanpa menghiraukan sensitiviti ummah, label pemberontak serta penyiaran berita-berita yang tak seiring dengan keadaan sebenar di Syria memang memualkan. Media dilihat enggan cakna dengan perkembangan sebenar di sana, tanpa mendapatkan maklumat yang sahih. Lebih malang, maklumat yang tak sahih itu disajikan bulat-bulat kepada rakyat.

Misalnya, sehingga kini media gagal membezakan kumpulan-kumpulan yang menentang rejim Basyar Assad. Bagi media Malaysia, semua yang menentang Basyar adalah sama taraf.

Di Syria, beberapa kumpulan pejuang anti-Basyar ditubuhkan sejak berlakunya usaha menjatuhkan rejim zalim tersebut. Antaranya ialah Free Syria Army (FSA), Jabhat al-Nusra, Ahrar al-Sham dan sebagainya.

Kumpulan Di Bawah SNC

Logo FSA
Free Syrian Army (FSA) merupakan sayap bersenjata bagi Syrian National Council (SNC), sebuah badan yang mentadbir wilayah-wilayah yang dikuasai FSA. Tentera FSA kebanyakkan terdiri daripada bekas-bekas tentera rejim Syria (di bawah Basyar Assad) yang berpaling tadah. FSA ditubuhkan pada 29 Julai 2011 dan masih aktif sehingga kini. Senang cerita, FSA ni kebanyakkan merupakan tentera Syria yang asal dan tidak semuanya berpegang pada matlamat menubuhkan negara Islam di Syria.

Selain FSA, terdapat sebuah lagi pasukan yang bernaung di bawah SNC. Pasukan Jabha Tahrir Suriya al-Islamiyyah (Syrian Islamic Liberation Front) merupakan gabungan pasukan yang terdiri daripada beberapa pasukan aliran Islamis. Diasaskan pada September 2012 dan dianggotai oleh golongan Sunni dan Salafi. Antara pasukan dalam gabungan ini ialah Suqour al-Sham Brigade (Idlib), Farouq Brigade (Homs), Liwa al-Islam (Damascus), Liwa al-Tawhid (Aleppo), Liwa Dawud,[10] the Deir ez-Zor Revolutionary Council (Deir ez-Zor), Tajamo Ansar al-Islam (Damascus), Amr Ibn al-Aas Brigade (Aleppo), dan  al-Naser Salaheddin Brigade (Latakia). Namun kebanyakkan pasukan gabungan ini dilihat bergerak sendiri tanpa logo yang satu.

Pasukan FSA

Kumpulan Mujahidin Islam


Kumpulan mujahidin terdiri daripada pasukan yang datang dari pelbagai negara dan telah mempunyai pengalaman berjihad di banyak tempat seperti di Afghanistan dan di Iraq serta rakyat Syria sendiri. Matlamat mereka hanya satu menegakkan syariah.

Kumpulan-kumpulan ini tidak bersetuju dengan FSA kerana terdapat anggota-anggota FSA yang tidak memiliki nilai Islam termasuk melakukan maksiat seperti minum arak, zina dan sebagainya. Tidak hairanlah terdapat kes yang melibatkan anggota FSA dihukum oleh pihak mujahidin atas kesalahan melakukan jenayah syariah di kawasan-kawasan yang dikuasai mujahidin.

Perbezaan FSA dan mujahidin tidak menghalang atau menjadi alasan untuk mereka bertempur sesama sendiri. FSA sendiri membiarkan mujahidin melakukan operasi ke atas rejim Syria. Yang membezakan mereka, FSA dan SNC mendapat bantuan Barat tetapi mujahidin enggan bekerjasama dengan Barat.

Antara kumpulan mujahidin paling digeruni lawan ialah Jabhat al-Nusra. Malah terdapat beberapa anggota FSA sendiri menyertai Jabhat al-Nusra kerana kumpulan tersebut mempunyai matlamat jelas untuk menubuhkan daulah Islam.

Panji yang digunakan mujahidin juga berbeza dengan FSA. Mujahidin menggunakan panji liwa' dan ar-rayah dalam perjuangan mereka manakala FSA lebih selesa menggunakan bendera revolusi Syria sebagai bendera bagi wilayah penguasaan mereka.
bendera FSA
bendera Islam
Jelaslah sekarang FSA dan mujahidin bukanlah pihak yang sama. Kalau ada yang bertanya tentang wujudkah perbezaan FSA dan mujahidin, maka jawabnya 'Ya'. Media massa di Malaysia sendiri harus peka akan perbezaan ini bagi mengelakkan kekeliruan masyarakat terhadap situasi sebenar di Syria.

14 komentar:

  1. mcm ni punya penerangan la kita mau...jelas dan padat..terbaik brad.

    ReplyDelete
  2. ini fitnah puak syiah terhadap fsa..108 ulama dh merestui fsa..manakala isis adalah puak khawarij kiriman al baghdadi yg mana puak ini sudah dikutuk oleh nabi s.a.w sebagai anjing neraka..sahih bukhari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isil bukan keseluruhannya ekstremis, majoritinya pihak yg benar, tetapi difitnah segolongan samada pihak isil sendiri @ lain @ rekaan musuh untuk hentikan kemaraan daulah islam. Isil dianggotai oleh sukarela luar @ muhajirin bersama beberapa kerat rakyat syria @ ansar.

      FSA adalah pula pejuang sosialis @ nasionalis syria shj. Harap pembaca jgn mudah terpengaruh dengan agenda media barat & media tempatan yg terpengaruh dgn propaganda barat @ musuh islam.

      Delete
  3. Artikel diragui, dakwaan tanpa bukti. Pasukan berpanji hitam ialah ISIS, mereka menyerang mana2 sahaja kelompok mujahideen seperti FSA yg tidak mahu turut serta di bawah mereka.

    Penulis, jgn mau rating blog tinggi sj. semak fakta!!!

    http://www.youtube.com/watch?v=r4meWdWYT-k

    ReplyDelete
  4. http://unikversiti.blogspot.com/2012/01/israel-akan-merampas-syria-bila-bashar.html

    ReplyDelete
  5. kalau bunuh sampai sembelih2 tu tingkah laku org islam ke?

    ReplyDelete
  6. rujuk artikel terbaru, Kenali IS (ISIS) Atau Da'ish. Bukan semua FSA tu Islamis. dan bkn semua Islamis itu ISIS. panji yg IS guna bukan mutlak IS

    ReplyDelete
  7. Ana cadang baik pergi ke Syria.. Kaji betul-betul..ataupun cari maklumat dengan terperinci..dan Logik berdasarkan keadaan sebelum dan semasa. Jangan gaduh-gaduh..

    ReplyDelete
  8. Walaupun saya tidak mengetahui sangat tentang keadaan di Syria tetapi saya percaya memang pejuang-pejuang islam wujud dan sedang bertempur bagi menginginkan keamanan dan keharmonian dan jugu perundangan Syariah dilaksanakan. Dan kebanyakan media-media adalah tidak benar dan tidak masuk akal sama sekali..Tepuk dada tanya Iman...

    ReplyDelete
  9. Yang Penting berjuang kerana agama Allah swt.

    ReplyDelete
  10. xde sape dpt berita yg sahihdari syria...xboleh nk rely kat berita2 dri barat or dri surat khabar....xkn ade satu berita pn psl mujahidin yg dpt kte cri kt tenet nih...sume page2 mereka dh kne close down lama dulu...

    Yg pasti, dalam byk video yg ko jmpe, korg akn perasan panji2 Rasulullah SAW, panji hitam n putih...moga2 dorg mujahidin yg sebenar2nya jihad di jalan Allah...

    ReplyDelete
  11. Di syria banyak kumpulan pejuang
    FSA
    ISIS
    YPG
    Dan ada lagi beberapa kumpulan
    Memang di akui kita keliru dengan kumpulan2 ini
    Tapi sekarang FSA makin di terima orang ramai dari seluruh dunia
    Ustaz lotfi dari pendang kedah pun menyertai FSA
    Tetapi beliau syahid terkena roket yang di lepaskan oleh rejim assad laknat
    Dalam youtube banyak ada video ada
    Taip ustad lotfi
    Video ustad lotfi di kebumikan pun ada
    Syahid selepas 3 hari koma di syria

    Ini lah permulaan perang dunia ketiga
    Apabila kuasa2 besar dunia sekarang sudah campur tangan di syria China Russia Dan Iran sudah mehantar Bala tentera ke syria untuk bantu tentera rejim assad laknat...
    Us Dan turkey sekarang besatu menentang ISIS
    US jugak tidak suka pada rejim assad atas kekejaman assad sewaktu pemerintahan waktu itu.

    Dalam kitap ada cerita bahawa Islam Dan kristian akan bersatu menentang seketu syiah
    Dan selepas mereka tewas...Islam Dan kristian pulak akan berperang
    Baca Kisah lengkap dalam Google

    ReplyDelete

Assalamualaikum & salam sejahtera,
Komenlah dgn hikmah,admin tak bertanggungjawab atas komen yang dikeluarkan oleh anda