Terkini!

Salima (AF) Selamat Diijabkabul Bersama Ustaz Syed Abd Kadir Aljoofre

Pendakwah terkenal, Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre selamat diijabkabul bersama seorang selebriti yang telah berhijrah, Salima (AF).

Ustaz Syed Abd Kadir atau nama sebenar, Syed Abd Kadir Syed Hussin Aljoofre, telah selamat diijabkabulkan menjadi suami yang sah kepada Salima, atau nama sebenarnya, Nor Salima binti Habibi. Salima sebelum ini merupakan peserta Akademi Fantasia Keempat (AF4). Kini beliau telah berhijrah bersama angkatan artis-artis hijrah yang lain.

Difahamkan, majlis pernikahan dan resepsi ini telah berlangsung di kampung halaman Salima di Chemor, Perak.

Semoga perkahwinan ini diredhai Allah dan kekal hingga ke syurga. Moga pernikahan ini memberi sinaran kepada perjuangan dakwah di Malaysia dan dunia secara amnya.

Kepada Ustaz Abdul Kadir dan Salima,barakallahu lakuma wabarakah ‘alaikuma wajama’a baina kuma fikhair diucapkan.- WRTKP

0 komentar:

Post a Comment

Assalamualaikum & salam sejahtera,
Komenlah dgn hikmah,admin tak bertanggungjawab atas komen yang dikeluarkan oleh anda