TERKINI!

Kontroversi SM Amin Yang Tiada Kesudahan (bah. 2)

KERABAT DIRAJA SAKTI KEDAH

Dataran Raja Sakti
Setelah al-Mansur sepi tanpa suara, kegiatan gerakan ini dikesan menggunakan nama yang baru. Malah pengasas mereka, Raja Azhar bin Raja Wahab menggunakan nama SM Amin sebagai nama komersial.
SM Amin dan aktiviti Raja Sakti
Gelaran Raja Sakti turut digunakan. Mereka mendakwa diri sebagai Kerabat Diraja Sakti Kedah. Kegiatan Raja Sakti sudah pasti tertumpu di Kedah.Lebih tepat kawasannya di kawasan Empangan Beris, Sik, Kedah Darul Aman.

Malah terdapat kawasan yang dinamakan Persiaran Raja Sakti dibina di kawasan ini. Upacara Hari Raja Sakti juga dikesan diadakan di kawasan ini. Sejarah Raja Sakti tidak dapat dijelaskan dalam ruang yang singkat ini. Kalian boleh membuat carian di Google.

SM AMIN TCM CENTRE

Selain bergerak atas nama Kerabat Raja Sakti, SM Amin turut menubuhkan syarikatnya sendiri. SM Amin TCM Centre (CA 0518285-P). Istilah TCM membawa maksud Traditional & Complementary Medicine.Justeru, SM Amin TCM Centre menggunakan kaedah perubatan warisan / tradisi sebagai pelengkap kepada pelbagai kaedah rawatan sediada. Ibu pejabat SM Amin bertukar dari Sungai Petani, Kedah ke Shah Alam, Selangor dengan tertubuhnya Wisma SM Amin.
Pejabat SM Amin 
Aktiviti perniagaan SM Amin TCM Centre masih sama, perubatan tardisional termasuk membuka Pusat Rawatan Cinta yang menawarkan perkhidmatan bekam dan refleksologi yang lain, mengeluarkan produk-produk herba dan menerbitkan CD-CD lagu.

Pusat Rawatan Cinta lebih memfokuskan kepada rawatan refleksiologi serta jualan ubat-ubatan keluaran SMATCMC.
studio SM Amin
Manakala SM Amin Productions pula memfokuskan penerbitan album. Antaranya album-album SM Amin sendiri serta kumpulan Setangkai. Konsep SM Amin tidak jelas. Adakala liriknya berunsur Islamik namun paparan video klip beliau nyata jauh berbeza dengan Islam. Soal pakaian sudah cukup untuk mengiyakan dakwaan ini.
album-album SM Amin
Dari aspek kualiti lagu, maafkan tetapi ini hakikatnya. Kualitinya sangat tidak memuaskan. Rujuk artikel yang lalu.

BADAN AMAL SM AMIN

Logo Badan Amal SM Amin
Selain bergerak atas nama Kerabat Raja Sakti Kedah, SM Amin juga menubuhkan Badan Amal SM Amin yang ditugaskan menyelenggarakan aktiviti-aktiviti 'amal' kepada masyarakat.

Misalnya, aktiviti Kembara Maal Hijrah 1435 Thailand pada November 2013, Kursus Haji di Baling, dan banyak lagi.


Malah Badan Amal SM Amin ini jika diperhatikan mempunyai nombor pendaftarannya iaitu PPM-007-02-15012013.
gambar Badan Amal SM Amin berserta nombor pendaftaran pertubuhan.

PENAFIAN MENGENAI PUSAT TAHFIZ AMAL

Dalam satu komen yang dikeluarkan oleh Badan Amal SM Amin pada Februari 2014, mereka menyatakan bahawa syarikat sekadar menjual produk kepada PTA bagi mengumpul dana Tabung Kebajikan mereka.

komen Badan Amal SM Amin
Sejauh mana kisah ini akan tamat, bergantung kepada kebijaksanaan masyarakat dan pihak atasan untuk membendungnya.Jika mereka bebas daripada sebarang aktiviti yang bercanggah dengan Islam dan tidak menggunakan lagi kanak-kanak, maka biarkan sahaja mereka berniaga tapi biarlah dengan kaedah yang betul-WRTKP

Baca juga: Bahagian 1

1 komentar:

  1. nak cakap juga, saya jumpa budak tahfiz kat bangi pukul 11 malam (perempuan) jual produk itulah. budak kat laman seri, shah alam bulan puasa, sama gak.

    janganlah asyik begitu....

    ReplyDelete

Assalamualaikum & salam sejahtera,
Komenlah dgn hikmah,admin tak bertanggungjawab atas komen yang dikeluarkan oleh anda