TERKINI!

Lah Ahmad Ajak Peminat 'Jalan Untuk Kembali'

Penghijrahan ke arah sesuatu yang positif bukan satu halangan untuk terus bergerak dalam arena muzik. Malah bakat yang ada itulah digunakan dalam menyampaikan dakwah melalui hiburan.

Usaha itulah yang dilakukan oleh Lah Ahmad. Pernah menempa nama bersama kumpulan VE suatu ketika dahulu, penghijrahan diri bukanlah satu alasan untuk terus berhenti dari menyanyi. Malah setelah berhijrah, usaha dakwah melalui seni suara terus dipergiatkan lagi oleh Lah Ahmad.

Sebaik sahaja berhijrah, anak kelahiran Petaling Jaya ini muncul bersama rakan-rakan yang pernah menganggotai kumpulan Ruffedge dan Innuendo, menubuhkan kumpulan Al Mawlid. Bersama Al Mawlid, mereka tampil dengan album sulung berjudul Al Mawlid pada tahun 2012.
Lah Ahmad terus melangkah lagi apabila tampil menerbitkan album secara solo. Setelah mengambil masa yang lama, akhirnya album sulung Lah Ahmad berjudul Jalan Untuk Kembali dilancarkan di Restoran Sampan, Bayan Mutiara, Pulau Pinang.

Menurut Lah Ahmad, hasrat menerbitkan album solo telah timbul sejak bersama Al Mawlid lagi. Namun hasrat tersebut ditangguhkan berikutan dirinya masih dalam proses belajar untuk berubah. Walaupun kini bergerak solo, hubungan Lah bersama ahli Al Mawlid yang lain masih utuh. Malah usaha memperluaskan produk dakwah ini diibarat sebagai satu usaha memperluaskan lagi skop dakwah.

ketika pelancaran album sulung Lah Ahmad.
Mengenai album Jalan Untuk Kembali,sesuai dengan judulnya, album ini ibarat luahan hati dari Lah Ahmad sendiri. Malah lagu-lagu dalam album ini seolah-olah menceritakan kehidupan dan ajakan daripada Lah Ahmad buat peminat.

Apabila mendengar album ini, alunan harmoni vokal Lah Ahmad masih tidak berubah seperti zaman ketika bersama VE dahulu. Yang membezakannya ialah, dahulu lagu-lagunya lebih memuja manusia tetapi sekarang lebih kepada cinta terhadap Allah dan Rasulullah.

Album Jalan Untuk Kembali ini diterbitkan oleh Inteam Records. Album ini memuatkan 11 buah tracklist iaitu Bacaan Ayat Al-Quran oleh Ustaz Don, Syukur, Ya Allah, Agung, Salam, Qod Kafani, Kehadiranmu, Nazam Tok Nenek, Kau Tercipta, Salam (Akustik) dan Agung (instrumental).

Dapatkan album ini di kedai-kedai berhampiran atau layari laman web Inteammobile bagi pembelian atas talian. - STUDIOKINI

0 komentar:

Post a Comment

Assalamualaikum & salam sejahtera,
Komenlah dgn hikmah,admin tak bertanggungjawab atas komen yang dikeluarkan oleh anda