TERKINI!

Maksud Hidup Suhaimi Saad


[ULASAN] Kalau dahulu bergerak bersama Inteam, namun sejak tahun 2006 dia memilih untuk bergerak secara solo. Penampilan solo pertamanya adalah melalui album Kias Cinta.

Melalui album sulungnya itu, nama Suhaimi Saad dikenali melalui lagu Kias Cinta, Kembara Ilmu, Kesekian Kali (duet bersama Munif Hijjaz) serta Pesona Zulaikha. Lagu Pesona Zulaikha paling menarik perhatian dek kerana genre world music yang menjadi fenomena memandangkan Mawi, bekas juara Akademi Fantasia 3, turut membawa aliran muzik tersebut.

Penerimaan peminat nasyid terhadap album Kias Cinta menjadikan aspirasi buat Suhaimi untuk tampil dengan album kedua, Kalamak.Album kedua ini diterbitkan di bawah label sendiri, Karya Mosus. Perjalanan seninya diteruskan dengan album ketiga, Zikir Doa & Selawat.

Selepas menyepi dua tahun tanpa sebarang album solo, Suhaimi Saad membuat keputusan untuk tampil dengan karya ketiganya, Maksud Hidup. Kali ini dia menerima lamaran Arteffects Sdn Bhd untuk menjadi pengedar albumnya.

Album Maksud Hidup kalau dihayati ada kelainan tersendiri. Dari setiap trek ke trek dalam album ini, nyata vokal Suhaimi makin mantap. Maksud Hidup menghimpunkan zikir-zikir dan lagu-lagu terbaru dari Suhaimi.

Trek pertama dan kedua, Hasbi Rabbi serta Astaghfirullah, suara Suhaimi cukup syahdu. Dengan latar belakang ala-ala muzik terapi, sudah pasti ia menambahkan mood untuk mendengar album ini.

Trek ketiga,Cinta Sidna. Lagu ini ciptaan Hafiz Hamidun dan liriknya ditulis oleh Ito Lara. Lagu yang mengisahkan kisah sirah Rasulullah ini memang superb! Lagu ini merupakan single utama album ini sebelum album Maksud Hidup keluar.

Zikir Ilahi Lastu Lilfirdaus adalah trek keempat. Masih mengekalkan iram terapi, rasanya tak perlu diulas panjang. Trek kelima,Cinta Mu. Lagu ini turut mencuri perhatian kalau kita dengar.Senang cerita, dari 5 bintang, boleh bagi 4 bintang!.

Trek seterunya adalah zikir Nour El Anwar dan Subhanallah. Dan yang terakhir, lagu Maksud Hidup. Lagu ini merupakan karya sepenuh hasil nukilan Hafiz Hamidun. Lagu ini paling best rasanya dalam album ini. Lebih berkisarkan kepada pencarian erti hidup seorang hamba.

Secara keseluruhan, sekali dengar setiap trek dalam album ini, semua sudah jangka ia adalah sentuhan daripada Hafiz Hamidun. Penglibatan Hafiz Hamidun nyata mampu memberi impak terhadap sesuatu hasil seni.

Album Suhaimi Saad ini sudah berada di pasaran. Boleh didapati di kedai-kedai muzik atau beli secara online di CD Nasyid. -WRTKP

0 komentar:

Post a Comment

Assalamualaikum & salam sejahtera,
Komenlah dgn hikmah,admin tak bertanggungjawab atas komen yang dikeluarkan oleh anda