Terkini!

5 Sebab BN Menang Dalam Pilihanraya Sarawak 2016


adenan-sarawak
Keputusan rasmi Pilihanraya DUN Sarawak Ke-11 (2016) menyaksikan Barisan Nasional (BN) menang dengan majoriti lebih daripada 2/3 kerusi DUN.

BN berjaya meraih 72 DUN manakala Democratic Action Party (DAP) mendapat tujuh kerusi DUN dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengekalkan tiga kerusi DUN.

Sasaran BN untuk menang 70 kerusi DUN berjaya malah lebih.

Kerusi DAP merosot sebanyak 5 DUN berbanding 12 DUN yang dimenangi mereka pada pilihanraya negeri 2011. Lima kerusi DUN yang terlepas ialah Batu Kawa, Meradong, Dudong, Piasau, dan Repok.

Manakala PKR pula mengekalkan tigas kerusi DUN yang dimenangi mereka sejak 2011 iaitu DUN Batu Lintang, Krian dan Ba'kelalan.

Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang bertanding 11 kerusi, gagal memenangi sebarang kerusi DUN. Sasaran PAS terutama di DUN Beting Maro juga gagal. Namun undi PAS meningkat di DUN tersebut daripada 2678 undi (2011) kepada 3052 undi (2016).

Parti Amanah Negara (AMANAH) yang bertanding di 13 kerusi juga gagal memenangi sebarang kerusi. Bagi dua buah parti pembangkang tempatan Sarawak, State Reform Party (STAR) dan Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDS Baru), gagal memenangi sebarang kerusi dan semua calonnya hilang deposit.

STAR bertanding sebanyak 11 kerusi manakala PBDS Baru sebanyak 5 kerusi DUN.

Terdapat beberapa faktor kemenangan BN dan kegagalan pembangkang untuk mempertahankan serta menambah kerusi dalam pilihanraya Sarawak 2016.

1. STRATEGI BN SARAWAK DI BAWAH KEPIMPINAN ADENAN SATEM

Semua pihak tidak boleh nafikan populariti Ketua Menteri Sarawak, Adenan Satem ketika ini. Beliau yang baru memegang jawatan selama 2 tahun, telah berjaya mengetengahkan formula-formula yang mampu memberi impak positif kepada BN.

Antaranya kejayaan menghapuskan semua tol di jambatan-jambatan utama Sarawak, mengisytiharkan 22 Julai sebagai Hari Sarawak (sempena kemerdekaan Sarawak), serta Kempen Adenan Fever.

Kebijaksanaan Adenan menyelesaikan kemelut pembahagian kerusi antara komponen BN dan parti-parti serpihan juga merupakan faktor penting kejayaan BN. Formula Calon Langsung nyata berjaya menyelesaikan kemelut antara SUPP dan UPP, serta SPDP dan TERAS.


2. BILANGAN KELUAR UNDI YANG RENDAH

Pilihanraya kali ini menyaksikan hanya 52% sahaja bilangan pengundi yang keluar pengundi. Bilangan pengundi di Sarawak sekitar 1juta lebih. Bermakna yang keluar mengundi dalam pilihanraya ini sekitar lebih 500,00 orang sahaja.

Bilangan ini nyata memberi impak kepada semua parti yang bertanding, terutama di kawasan bandar.

3. SOKONGAN KAUM CINA TERHADAP ADENAN SATEM

Kekalahan DAP mempertahankan lima kerusi DUN majoriti Cina membuktikan kaum itu memberi sokongan kepada Adenan Satem. Perlu diingat, pilihanraya negeri ini adalah pilihanraya memilih kerajaan Sarawak. Maka populariti atau Adenan's Fever nyata berjaya meraih sokongan masyarakat Cina.

4. KEKALUTAN PEMBANGKANG

Semua maklum DAP, PKR dan AMANAH berada dalam Pakatan Harapan (HARAPAN). Pertembungan DAP dan PKR di enam kerusi hakikatnya memakan diri mereka sendiri. Rakyat menilai kekalutan ini. Politik Sarawak tak sama dengan politik di Semenanjung Malaysia.

Jika pembahagian kerusi tidak mampu diselesaikan, sudah pasti rakyat tidak yakin untuk memberi mandat kepada pakatan pembangkang.

Misalnya di DUN Batu Kitang, kerusi tersebut sebenarnya mampu dimenangi HARAPAN. Namun tindakan DAP meletakkan calon saat akhir menyebabkan pengundi atas pagar enggan memilih pembangkang.

 Selain itu, tiada kerjasama antara HARAPAN dan PAS juga amat merugikan pembangkang.

Misalnya di DUN Beting Maro. Secara logik akal, PAS sudah pasti mampu menawan DUN tersebut berikutan kemenangan tipis BN sebanyak 391 undi pada pilihanraya 2011. Pertembungan 3 penjuru antara BN-PBB, PAS dan AMANAH membuatkan rakyat goyah untuk memilih pembangkang.

Justeru barisan pembangkang perlu menyusun semula strategi bagi menghadapi pilihanraya yang akan datang. Formula 2011 seharusnya diguna pakai semula bagi mengelakkan pertembungan parti-parti pembangkang utama.

5. TENAGA DAN DUIT

Untuk menggerakkan jentera parti sudah pasti memerlukan tenaga dan wang. Keadaan ini memberi kelebihan kepada mana-mana parti yang memerintah. Langkah BN menurunkan pimpinan negara ke kawasan-kawasan 'hitam' nyata memberi impak kepada BN.

Secara lazimnya apabila pimpinan negara turun ke sesuatu kawasan, sudah pasti akan ada peruntukan yang diberikan kepada kawasan tersebut. Itulah hakikat politik di Malaysia.

Keadaan ini sudah pasti memberi kesan kepada pembangkang yang tidak mempunyai dana yang cukup. Akses ke kerusi-kerusi pedalaman juga menyukarkan pembangkang untuk berkempen dek kerana kekurangan dana dan tenaga.

5 sebab ini sekadar pemerhatian umum sepanjang kempen pilihanraya Sarawak 2016 berlangsung. Kepada barisan ADUN baru Sarawak, selamat menunaikan tugas kalian. -WRTKP

0 komentar:

Post a Comment

Assalamualaikum & salam sejahtera,
Komenlah dgn hikmah,admin tak bertanggungjawab atas komen yang dikeluarkan oleh anda