TERKINI!

Mizz Nina Selesa Dengan Puisi Dan Sajak

Pengacara Mizz Nina berasa gembira apabila bacaan puisi dan sajak dengan elemen rap yang disampaikannya mula mendapat perhatian dan maklum balas positif penonton.

Mizz Nina atau nama sebenarnya Syazrina Azman, 36, berkata, percubaan itu bagi memberi kelainan dalam menyebarkan mesej dan dakwah kepada masyarakat.

Dipetik dari Mstar, Mizz Nina pengalaman dalam bidang rap memudahkannya menyampaikan puisi melalui rentak tersebut.

"Alhamdulillah pendekatan bersajak atau berpuisi sambil menyelitkan rap mendapat maklum balas positif dan saya lega kerana ia mula diterima baik. Sebelum ini saya memang tidak pernah mencuba bacaan puisi atau sajak tetapi ia sebenarnya menyeronokkan dan cara mudah untuk menyampaikan mesej atau dakwah," katanya.

Mizz Nina berkata, dia kini lebih selesa melibatkan diri dengan program berpuisi atau sajak selepas mengambil keputusan untuk tidak lagi menyanyi.

Dia juga mengakui banyak menerima undangan mempersembahkan sajaknya dan terharu apabila mula diiktiraf sebagai penyajak.

"Saya sendiri tidak sangka akan terlibat dalam bidang ini tetapi selepas melakukannya saya dapati ia adalah sesuatu yang menyeronokkan. Saya juga terharu ketika muncul dalam sebuah program baru-baru ini pengerusi majlis memperkenalkan saya sebagai penyajak dan bukannya selebriti atau pun penyanyi," ujarnya.- WRTKP

0 komentar:

Post a Comment

Assalamualaikum & salam sejahtera,
Komenlah dgn hikmah,admin tak bertanggungjawab atas komen yang dikeluarkan oleh anda