Terkini!

Pesanan Teragung Single Terbaru Siti Nordiana

Pesanan Teragung Single Siti Nordiana

Juara Gegar Vaganza Musim Kedua (GV2), Siti Nordiana, akhirnya tampil dengan single terbarunya. Single ini merupakan salah satu hadiah yang diberikan kepada Siti Nordiana setelah berjaya dinobatkan sebagai Juara GV2 pada Disember 2015 yang lalu.

Pesanan Teragung, judul yang diberikan untuk single terbaru Siti Nordiana ini. Lagu ini mendapat sentuhan daripada Audi Mok selaku komposer, manakala Omar K bertindak sebagai penulis lirik.

Pesanan Teragung merupakan titik permulaan baru buat Siti Nordiana atau lebih dikenali sebagai Nana. Muziknya nyata berbeza jika hendak dibandingkan dengan lagu-lagu yang pernah dinyanyikan Nana sebelum ini.

Tiada lagi melodi yang terlalu mendayu. Itulah ungkapan pertama yang terkeluar selepas mendengar lagu Pesanan Teragung ini.

Sesuai dengan imej anak Negeri Sembilan ini yang bertudung, Pesanan Teragung ini mengandungi lirik yang berkaitan dengan kemanusiaan serta ketuhanan. Di sebalik muzik yang segar dan melodius, setiap bait lirik lagu ini ada mesej tersendiri.

Dan diharapkan Nana boleh terus kekal dengan imej serta konsep lagu yang positif dalam kariernya. Sebelum ini, Nana pernah menghasilkan beberapa buah album iaitu Gurindam Rindu Berkasih (1999), Luahan Hati Kekasih (2000), Bingkisan Kasih (2001), The Best Of Siti Nordiana - Rintihan (2002),  Pelangi (2004), Cahaya Kekasih (2007) (kompilasi), Semakin Jelas (2011) dan Anakku Sayang (2015).

Nana juga pernah merakamkan tiga album duet iaitu Firus (feat Syura) (2001), Istimewa Untukmu (2003) (feat Allahyarham Achik Spin), dan Benang Emas (2006) (feat Allahyarham Achik Spin).

Album Anakku Sayang (2015) merupakan album pertamanya selepas berhijrah untuk bertudung. Selain itu, Nana turut merakamkan single Tak Ada Cinta Sepertimu (2014) duet bersama Aliff Aziz.

LIRIK LAGU PESANAN TERAGUNG


 Dalam gelita mencari cahaya
Tuk menyuluh jiwa yang kelam
Namun ku lupa tangisan terbiar
Kata-kata-Mu yang selamanya ada dengan ku
Tak pernah terlintas ku melihatnya

[chorus 1]
Hanya Kau yang ku perlu
Cahaya hidupku
Dan hanya Kau yang satu
Penawar hatiku
Yang semakin hllang
Bahagia

[chorus 2]
Hanya Kau yang ku perlu
Yang mampu menunjukkan
Jalan yang terlurus
Baru ku sedari
Ku harus mangerti
Pesanan terakhir-Mu

Setiap kata tersusun sempurna
Sedalam lautan maknanya
Tiada tara keindahannya
Namun ku lupa ayat-ayat-Mu
Maafkan aku
Tak pernah ku menghayati ertinya
[ulang chorus 1 & 2]

Hati bergetar dengan kebesaran-Mu
Jiwa kembali tenang bersama-Mu
Kasih teralun
[ulang chorus 1 & 2]

Dalam gelita mencari cahaya.

- WRTKP

0 komentar:

Post a Comment

Assalamualaikum & salam sejahtera,
Komenlah dgn hikmah,admin tak bertanggungjawab atas komen yang dikeluarkan oleh anda