Terkini!

Muzik Karya Terbaru Yasin

Yasin Sulaiman atau Yasin sememangnya dikenali sebagai seorang artis yang berentak world music. Memulakan karier sebagai penyanyi sejak tahun 1995 menerusi kumpulan nasyid yang bernama Brothers. Yasin telah mencurahkan bakatnya lebih dari sepuluh tahun dalam dunia seni.

Setelah berundur dari Brothers sekitar tahun 200, dia mula meniti populariti sebagai penyanyi solo.

Lagu solo nyanyiannya yang berjudul ‘Mimpi Laila’ telah berjaya menaikkan nama beliau sebagai penyanyi dan komposer terkenal apabila memenangi gelaran juara keseluruhan di Anugerah Juara Lagu 2001. Album solo keduanya yang berjudul ‘Salsabila’ pula telah memenangi Anugerah Album Pop Etnik Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-10 iaitu pada tahun 2003.

Selain daripada itu, beliau juga telah banyak menerbitkan dan mencipta lagu-lagu popular untuk penyanyi terkenal tanah air. Antara lagu popular hasil ciptaannya yang mendapat sambutan yang hebat adalah Wassini (Waheeda), Lagu Rindu (Dato Siti Nurhaliza), Ku Temu Cahaya (Dayang Nurfaizah) dan Alhamdulillah (nyanyian bersama Too Phat).

Kali terakhir dia tampil dengan album penuh ialah pada tahun 2009 melalui album ketiganya,Arus Qudus.

Setelah sekian lama menyepi,kali ini Yasin tampil semula dalm dunia seni. Dia masih mengekalkan konsep Arabian Music melalui single terbarunya, Muzik.

Lagu ‘Muzik’ ini telah mendapat sentuhan gitar oleh sahabat rapatnya iaitu Faizal Tahir. Kehadiran single ini sudah pasti memberi kelainan dalam genre muzik sekarang yang dilihat seperti tiada genre yang betul

Bagi peminat Yasin, jangan lepaskan peluang untuk mendengar lagu ‘Muzik’ yang kini sudah boleh didapati di kesemua platform digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Raku, Joox dan juga Apple Music bermula 5 Ogos 2016 lalu. Lagu ‘Muzik’ oleh Yasin ini merupakan sebuah lagi edaran digital oleh Warner Muzik Malaysia Sdn Bhd-WRTKP

0 komentar:

Post a Comment

Assalamualaikum & salam sejahtera,
Komenlah dgn hikmah,admin tak bertanggungjawab atas komen yang dikeluarkan oleh anda