Terkini!

Amboi! Altimet Guna Sindiran Sampaikan Mesej

Amboi, amboi, amboi! Itulah tagline yang pernah dipopularkan oleh selebriti Azwan Ali suatu ketika dahulu. Dan tagline itu juga akan dipopularkan semula oleh penyanyi rap terkenal, Altimet.

Altimet tampil dengan album ketiganya berjudul Amboi. Album Amboi merupakan album yang diterbitkan oleh Kartel Records.

Dalam album Amboi, Altimet membuat suatu kelainan apabila hanya merakamkan album tersebut dalam tempoh sebulan sahaja.

“Kesemua lagu di dalam album ini telah ditulis secara spontan di studio rakaman. Saya tidak membenarkan diri saya menulis lirik di tempat lain. Tindakan ini sengaja saya lakukan kerana mahu mencabar diri saya sendiri dalam proses penulisan lirik dan pembikinan lagu di luar kebiasaan saya," ujar Altimet dipetik dari Galaksi Media.

Album ini memuatkan sembilan buah lagu iaitu Seru, Jaguh (feat. Dan $hiv), Amboi, Salute (feat. Aman-Ra), Saya, Kulit (feat. Adeep Nahar), Sabarlah (feat. Amir Jahari), Selamat Pagi (feat. Diandra Arjunaidi) dan Keliling Dunia (Altimet & The Kawan Band).

AMBOI GUNA SINDIRAN SAMPAIKAN MESEJ

Album Amboi menggunakan tenaga barisan produser hebat seperti SonaOne, Navigator, DJ Fuzz, Noh Salleh, Emir Hermono, Switch dan Fauzi Marzuki.

Kulit album Amboi.

Menariknya mengenai album yang telah dilancarkan pada 13 Disember 2016 itu menggunakan lirik berunsur kritikan dan sindiran yang mengandungi mesej yang mendalam. Dengan rentak muzik yang rancak, lirik-lirik sebegini cukup sesuai bagi memahamkan pendengarnya.

Menurut Mstar, Altimet memasukkan unsur sindiran dalam lirik lagunya dalam menegur sikap negatif sesetengah masyarakat pada hari ini.

Ketika pelancaran album.

 "Saya menulis tentang apa yang saya lihat dan album ini adalah refleksi kepada perkara itu. Penulisan secara menyindir itu kerana saya tidak mahu menghentam secara terang-terangan tetapi sesiapa yang terasa mungkin ia berlaku kepadanya.

"Paling penting mesej yang ingin disampaikan dapat diterima dengan baik oleh pendengar," ujarnya.

Album Amboi boleh didapati di kedai-kedai muzik atau belian atas talian di laman web rasmi Altimet. Album ini juga turut dijual secara digital.

Difahamkan Altimet akan tampil dengan album terakhir menjelang tahun 2018. Walaupun masih mempunyai tempoh selama dua tahun lagi, album tersebut telah diberi judul O.

Untuk rekod, Altimet telah mempunyai tiga buah album iaitu First Among Equals (2007), Kotarayaku (2014) dan Amboi (2016). -WARTAKOPI

Foto: Facebook rasmi Altimet

0 komentar:

Post a Comment

Assalamualaikum & salam sejahtera,
Komenlah dgn hikmah,admin tak bertanggungjawab atas komen yang dikeluarkan oleh anda