Terkini!

Kalimah Amy Mastura Ada Mesej Tersendiri



Matang dan syahdu, itulah gambaran awal tentang single terbaru dari penyanyi pop terkenal, Amy Mastura. Melalui single Kalimah, Amy Mastura tampil membawa genre yang balada dan tidak terlalu rancak, sesuai dengan imejnya sekarang yang bertudung.

Kalimah adalah sebuah lagu ciptaan sepenuhnya oleh Ardiv Jauhari.

Lagu Kalimah mengisahkan tentang kata-kata yang sering diucapkan dalam kehidupan seharian. Melalui lagu ini, mesej utama yang ingin disampaikan oleh Amy Mastura ialah supaya pendengar lagu ini akan menggunakan kata-kata yang baik dalam kehidupan mereka.

Walaupun tampil dengan imej bertudung, namun bagi Amy Mastura, beliau masih belum bersedia untuk tampil dengan lagu berunsur ketuhanan secara terang-terangan.

"Tidaklah, Walaupun saya sudah memakai tudung tetapi saya belum lagi menyanyikan lagu berunsur dakwah. Lagu yang saya nyanyikan masih seperti dulu," katanya dilapor The Malay Mail Online.


Kulit single Kalimah
"Kalau diperhatikan lirik lagu baharu ini ia masih berkisar soal cinta. Cuma cinta yang diterjemahkan dalam lagu itu lebih bersifat sejagat dan tidak terhad kepada kekasih semata-mata."

Melalui single Kalimah, Amy Mastura berharap para peminat dapat menerima konsep lagu tersebut dengan baik.

"Ia sebuah lagu yang ringkas namun membawa maksud mendalam dan berharap ia turut memberi kesan positif kepada pendengar,

"Lagu ini mengangkat tentang perkataan yang diucapakan oleh kita. Jika baik sesuatu luahan kata-kata itu, maka baiklah penerimaan orang di sekeliling. Sebutlah ayat-ayat positif kerana impaknya juga akan positif, tetapi apabila negatif maka buruklah ia kerana apa yang kita ungkapkan juga merupakan doa buat si penerima dan juga diri kita sendiri," ujarnya dilapor oleh Mstar.

Video muzik ‘Kalimah’ kini boleh ditonton di laman sesawang YouTube dan penonton pasti akan kagum dengan keindahan alam semulajadi yang dipaparkan. Lagu ini juga boleh dimuat turun di iTunes dan stream menerusi portal muzik terpilih antaranya Apple Music, Deezer, JOOX Music, KKBox, Raku, Spotify dan Yonder Music.-WARTAKOPI

0 komentar:

Post a Comment

Assalamualaikum & salam sejahtera,
Komenlah dgn hikmah,admin tak bertanggungjawab atas komen yang dikeluarkan oleh anda