Terkini!

Siti Nurhaliza: Ingin Terus Terbit Lagu Nasyid

siti AIM 22

Kejayaan Siti Nurhaliza dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) Ke-22 terutamanya dalam kategori Lagu Nasyid Terbaik memberi semangat baru buat beliau untuk terus menerbitkan lagu-lagu nasyid dan ketuhanan.

Malah beliau meletakkan harapan tinggi untuk menerbitkan album nasyid atau sekurang-kurangnya sebuah single yang berunsur ketuhanan.

Menurut sumber Malaysiakini, Siti Nurhaliza menyatakan tidak salah seseorang artis aliran muzik pop tampil menyampaikan lagu-lagu genre nasyid dan ketuhanan. Malah baginya, ia merupakan satu tanggungjawab beliau terhadap agama.

“Ini Siti ambil kira dari sudut tanggungjawab kepada agama kerana di situlah wujudnya peranan sebagai penghibur yang tidak semestinya hanya menyanyi lagu cinta saja,” katanya yang dipetik dari Malaysiakini.

Pada malam AIM22 itu , Siti Nurhaliza berjaya meraih 5 kategori iaitu Lagu Nasyid Terbaik, Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Wanita) dan Susunan Muzik Terbaik di Dalam Lagu menerusi lagu Menatap Dalam Mimpi, Album Terbaik (Album UNPLUGGED) dan Anugerah Penyanyi Pilihan Malaysia.

Bagi kategori Lagu Nasyid Terbaik yang dimenanginya, Siti Nurhaliza mempertaruhkan lagu Mikraj Cinta hasil ciptaan komposer Hafiz Hamidun dan penulis lirik Ahmad Fedtri Yahya. Ia merupakan penyertaan pertama Siti Nurhaliza dalam kategori Lagu Nasyid Terbaik sejak kategori tersebut diperkenalkan bermula tahun 2008.

Album UNPLUGGED dinobat album terbaik.
Turut tercalon dalam kategori Lagu Nasyid Terbaik ialah Suhaimi Saad (Cinta Sidna), Lah Ahmad (Maulaya), Daqmie (Tangis Sebatang Tamar) dan kumpulan Caliph Buskers (Hanya NamaMu).

AIM22 telah diadakan pada 18 Disember 2016 bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.-WRTKP

0 komentar:

Post a Comment

Assalamualaikum & salam sejahtera,
Komenlah dgn hikmah,admin tak bertanggungjawab atas komen yang dikeluarkan oleh anda