Terkini!

SM Salim Meninggal Dunia


Seniman negara, Tan Sri SM Salim, disahkan meninggal dunia di kediamannya di Kuala Lumpur. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 5.44 petang Khamis (29 Disember 2016) akibat sakit tua.

Menurut KOSMO, berita pemergian Allahyarham disahkan sendiri oleh cucu saudaranya, Ellyna Ali menerusi aplikasi WhatsApp.

 “Dukacita saya maklumkan bahawa Tan Sri SM Salim sudah meninggal dunia pukul 5.44 petang,” tulisnya.

SM Salim atau nama sebenar, Sheikh Salim Sheikh Muhammad Al Mahros, telah memulakan kariernya sebagai penyanyi sejak tahun 1950an.Seniman ini telah mengalami lumpuh akibat sakit saraf. Keadaan ini menyebabkan pergerakannya bergantung pada penggunaan kerusi roda sejak 17 tahun yang lalu.

Semasa aktif dalam dunia seni nyanyian, Allahyarham terkenal sebagai pendukung gigih lagu-lagu Melayu klasik.

Antara pengiktirafan tertinggi yang pernah Allahyarham terima ialah pingat Darjah Setia Mahkota oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sempena harijadi baginda ke-75 pada 2 Jun 2001. Beliau merupakan seniman kedua selepas Allahyarham P. Ramlee bergelar Tan Sri.

Allahyarhan juga sempat merakamkan banyak album. Antaranya ialahJ anganlah Marah Marah bersama Norma Salim (1953), Hiboran Bintang2 Malaya (1955), OST Sri Mersing (1965), SM Salim (1979), Joget Kasih Bermula (1980), Kong Kong Kak (1980), Cempakasari (1989), Apa Dah Jadi (1991), Satu (1992), Nanti Dulu (1994), Jeling Menjeling - bersama Yusni Hamid (1995), Album Sekarang Dah Jadi (2003), dan Nostalgia Abadi (2008). - WARTAKOPI

0 komentar:

Post a Comment

Assalamualaikum & salam sejahtera,
Komenlah dgn hikmah,admin tak bertanggungjawab atas komen yang dikeluarkan oleh anda