Terkini!

Turkestan Timur: Negara Islam Yang Hilang


Ramai yang tidak tahu kewujudan sebuah negara bernama Turkestan Timur (East Turkestan). Negara yang sudah lenyap ini telah ditelan peta negara kuasa besar lain iaitu China.

LOKASI TURKESTAN TIMUR

Peta Turkestan Timur
Kedudukan Turkestan Timur adalah bersebelahan dengan negara-negara Islam lain seperti Pakistan, Afghanistan, Tajikistan, Turkmenistan, dan Kazakhstan. Namun setelah negara ini dijajah oleh China, nama rasminya dikenali sebagai "Kawasan Autonomi Uyghur Xinjiang".

Kawasan ini terkenal untuk Laluan Sutera di mana budaya asia dari Timur dan Barat berjumpa, tetapi mereka tetap mengamalkan budaya dan amalan mereka masing-masing.

Kawasan ini dijajah oleh Dinasti Qing pada durun ke-18, selepas itu menjadi jajahan sepenuhnya dan dinamakan "Xinjiang" yang bermaksud "Jajahan baru" pada kurun ke-19.

Majoriti rakyat disini merupakan bangsa Uyghur-Turk dan beragama Islam.

Kedudukan Turkestan Timur yang turut bersempadan dengan Russia dan China menyebabkan negara ini menjadi rebutan dua kuasa besar tersebut. Negara Turkestan Timur telah merdeka sebanyak dua kali.

REPUBLIK TURKESTAN TIMUR PERTAMA

East Turkestan Independence Association (ETIA) yang berpusat di Kashghar telah menerbitkan akhbar yang dipanggil Istqlāl (Merdeka).

Ketika ini gerakan ini dijalankan, di selatan bandar Tarim Basin berhampiran di Khotan, tiga adik-beradik daripada keluarga Bughra, Muhammad Amin Bughra, Abdullah Bughra dan Nur Ahmad Jan Bughra telah mengetuai pemberontakan pelombong emas yang bekerja di lombong Surghak berhampiran bandar Keriya, juga di Yurunkash dan sungai gunung Karakash.

Mereka telah mengisytiharkan diri sebagai Emir Bandar dan seterusnya mengisytiharkan Khotan Emirate dan kemerdekaan daripada China pada 16 Mac, 1933.

Republik Islam Turkestan Timur diisytiharkan merdeka pada tahun 1933 di bawah kuasa ulama. Ibu negara Turkestan Timur ketika itu ialah Kashgar. Walau bagaimanapun, kemerdekaan ini hanya bertahan selama 6 bulan.

Republik Turkestan Timur Pertama dihapuskan dengan penyingkiran Kashgar pada tahun 1934 oleh ketua-ketua puak Hui yang secara teorinya bersekutu dengan kerajaan Kuomintang di Nanjing.

Walaubagaimanapun, tinggalannya menjadi aspirasi kepada penubuhan Republik Turkestan Timur Kedua satu dekad kemudian, dan terus mempengaruhi penyokong nationalis Uyghur moden untuk menubuhkan sebuah negara Turkestan Timur merdeka.

REPUBLIK TURKESTAN TIMUR KEDUA

East Turkestan 2
Pada tahun 1944, Tukestan Timur terbahagia kepada dua kuasa pemerintah iaitu Soviet dan China. Bagi kawasan taklukan Soviet, diwujudkan Republik Turkestan Timur Kedua, ringkasnya dikenali sebagai Republik Turkestan Timur (RTT) bermula 12 November 1944. Republik ini meliputi tiga daerah iaitu Ili, Tarbaghatai, dan Altai.

Daerah selebihnya di wilayah Xinjiang diletakkan di bawah pemerintahan Kuomintang di China.

Ibu negara Turkestan Timur Kedua ini ialah Ghulja. Semasa di bawah pemerintahan Soviet, masyarakat Islam Uyghur ditadbir dengan fahaman komunis. Penjajah mula meniupkan semangat Komunis secara meluas di kalangan anak-anak muda (generasi baharu) dengan menyatakan bahawa agama itu adalah candu masyarakat, mereka menyebar-luaskan fahaman tersebut melalui langkah seperti berikut:

  1. Melarang penggunaan syiar agama Islam, bagi mereka yang didapati bersalah melakukannya akan dihukum dengan hukuman berat yang dianggap sebagai penjenayah. 
  2. Larangan mengajarkan agama Islam dan mewajibkan pembelajaran fahaman Athies dan Komunis di sekolah-sekolah, kelab-kelab serta tempat-tempat perhimpunan awam. 
  3. Para ulama Islam dikerah secara paksa untuk membakar segala sumber ilmu agama dalam pelbagai bidang termasuk naskhahnaskhah al-Quran dan kitab-kitab agama yang berjumlah 730 juta buku sama ada yang telah dicetak ataupun masih dalam bentuk manuskrip. 
  4. Menyebar-luaskan buku-buku yang jelas menentang Islam dan menampal poster-poster yang menghina Islam di tembok-tembok bangunan yang mudah dibaca oleh mereka yang lalu di situ dengan dakyah yang menyebut, bahawa islam agama orang Arab, Islam menentang perkembangan ilmu pengetahuan, Islam sebagai khadam kepada penjajah dan pelbagai tajuk lain yang dilihat boleh membantu usaha itu.
  5. Menangkap golongan ulama’ Islam dan memaksa mereka melakukan kerjakerja berat seperti mencuci longkang dan tandas awam, mengutip sampah, dan mana-mana individu yang gagal menyerlahkan fahaman Komunis dan Athies dibunuh secara kejam. 
  6. Memaksa muslimat untuk menanggalkan tudung kepala (hijab), menghapuskan hukumhukum Islam dalam sistem munakahat termasuk cerai berai, hukum faraid, mewajibkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, menggalakkan perkahwinan antara lelaki muslim dengan wanita Han berfahaman Komunis atau sebaliknya.
  7. Menutup kira-kira 28 ribu masjid seluruh negara dan 18 buah sekolah agama dan menjadikan bangunanbangunan itu sebagai setor menyimpan barangan keperluan kerajaan dan salun-salun kecantikan. 
  8. Merampas harta-harta kepunyaan para aktivis Islam yang berusaha dalam menyusun buku-buku agama, yang mengajar atau menterjemah bahan-bahan ilmiah ke dalam bahasa Uyghur serta merobohkan rumah-rumah mereka dan mengerahkan mereka untuk meninggalkan negara untuk memulakan kehidupan baharu di padang pasir.
Usaha memerdekakan Turkestan Timur terus menjadi rumit. Pada Ogos 1945, Turkestan Timur dipaksa masuk dalam Kerajaan Xinjiang kerana Perjanjian Rahsia Yalta antara kerajaan Soviet Union (Russia) dan Parti Nasionalis China.

Perjanjian ini secara rasmi mengakhiri kekuasaan Soviet ke atas Turkestan Timur dan menyerahkan semua wilayah tersebut kepada China.

TURKESTAN TIMUR DI BAWAH CHINA

Pada Jun 1946, kerajaan pusat Kuomintang China mencapai penyelesaian berunding dengan pemimpin-pemimpin East Turkestan Republic (ETR). Menurut penyelesaian yang dirundingkan pada 27 Jun 1946, Jawatankuasa Kerajaan ETR telah menetapkan Resolusi 324, untuk mengubah Jawatankuasa Kerajaan ETR ke dalam majlis Ili Prefecture Wilayah Xinjiang (penggunaan resolusi 'East Turkestan' untuk menandakan Wilayah Xinjiang) serta pembubaran ETR.

Resolusi ini bermaksud tiga daerah ETR diserapkan secara rasmi ke dalam Kerajaan Campuran Wilayah Xinjiang yang baru ditubuhkan bersama tujuh daerah lain di Xinjiang.

Pada 1 Julai 1946, Kerajaan Campuran Wilayah Xinjiang telah ditubuhkan dan berpusat di Urumqi. Kerajaan ini telah ditubuhkan oleh tiga pihak: kerajaan pusat China, bekas Tiga Daerah ETR serta Tujuh Daerah Xinjiang.

Tindakan itu mencetuskan kemarahan apabila mereka mahu bernaung di bawah pemerintahan sendiri. Hasilnya, Mao Zedong menghantar puluhan ribu tentera ke wilayah itu dan pada 1 Oktober 1955, Xinjiang secara rasmi dijadikan wilayah dengan status daerah autonomi dan mengisytiharkan etnik Uinghur sebagai golongan minoriti.

Sejak itu juga, etnik Han beragama Buddha di bawa masuk secara beramai-ramai ke Xinjiang.

SEKATAN KE ATAS UMAT ISLAM

Penguasaan China turut menyebabkan umat Islam di Xinjiang tidak dapat beragama dengan bebas. Pada 1990, pemerintah China melarang membinaan masjid. Perkara itu mencetuskan persengketaan antara penduduk Islam di Xinjiang dengan pemerintah. Jumlah masjid dihadkan dan diawasi secara ketat di mana kerajaan China memasang 17,000 kamera CCTV di Urumqi.

Selain itu, penduduk Uighur dilarang berpuasa. Mereka dipaksa makan pada waktu siang dan jika tidak mereka tidak akan diberikan bonus. Di sekolah, kantin menyediakan makanan pada waktu siang dan melarang pelajarnya di bawah 18 tahun untuk berpuasa dan beribadah. Pemerintah China juga mengehadkan jumlah penduduk Uighur yang ingin pergi ke masjid dan mereka wajib mendaftarkan diri sebelum menunaikan solat Jumaat. Mereka juga diminta menandatangani surat aku janji di mana mereka tidak akan berpuasa atau solat fardu termasuk solat tarawih atau melakukan kegiatan keagamaan lainnya sepanjang Ramadan.

Etnik Uighur juga sulit menunaikan ibadah haji kerana susah untuk mendapatkan pasport kerana kerajaan China membatasi perjalanan haji mereka. Wanita Muslim juga dilarang bertudung

PERJUANGAN KEMERDEKAAN TERUS SUBUR WALAU SULIT

bendera turkestan
Bendera rasmi kemerdekaan Turkestan Timur
Walaupun terus ditekan oleh penjajah China, perjuangan memerdekakan Tukestan Timur terus subur. Perjuangan ini dilakukan sama ada secara bersenjata atau secara diplomasi.

Bagi gerakan bersenjata, telah wujud beberapa gerakan kemerdekaan di sana seperti East Turkestan Islamic Movement (ETIM), Turkestan Islamic Party dan sebagainya.

Tragedi 11 September 2001 di Amerika Syarikat telah dijadikan alasan oleh China untuk melabelkan perjuangan Turkestan Timur sebagai aktiviti keganasan.

Untuk rekod, Turkestan Timur telah menganggotai Unpresented Nation and People Organsation (UNPO), sebuah organisasi dunia yang mewakili wilayah-wilayah dijajah, kumpulan etnik minoriti serta kumpulan yang ditindas.-WARTAKOPI

0 komentar:

Post a Comment

Assalamualaikum & salam sejahtera,
Komenlah dgn hikmah,admin tak bertanggungjawab atas komen yang dikeluarkan oleh anda