Terkini!

STAR: Kami Bertanding Untuk Rakyat Suarakan Masalah

[PRKN03 TANJONG DATU 2017]

State Reform Party (STAR) menyatakan langkah mereka meletakkan calon dalam PRK N03 Tanjong Datu sebagai usaha untuk memberikan satu pilihan baharu buat rakyat Tanjong Datu menyuarakan masalah mereka.

Menurut sumber Utusan Borneo pada 5 Februari 2017,  calon STAR, Johnny Aput bertanding untuk memberi pilihan buat rakyat kawasan tersebut untuk menyuarakan masalah mereka.

“STAR bertindak untuk bertanding untuk menjadi tempat bagi rakyat menyuarakan masalah, jika tidak bagaimana rakyat mempunyai pilihan lain untuk menyuarakan masalah mereka.

“Saya bertanding bukan kerana mahu menjadi wakil rakyat semata-mata, tetapi banyak isu yang mahu kita bangkitkan, walaupun saya bukan orang tempatan atau orang Lundu, saya bertanding mewakili STAR untuk memberi pilihan,” katanya Johny sebelum ini pernah bertanding dan tewas di kerusi Parlimen Serian dan DUN Bukit Semuja dalam pilihanraya negeri kesebelas pada tahun 2016.

Calon STAR, Johny Aput

Dalam liputan yang diberikan Utusan Borneo itu, Johny turut menjawap mengena persoalan mengenai tindakan STAR tidak meletakkan calon kelahiran Lundu.

Menurutnya, STAR telah memberi peluang kepada masyarakat Lundu dan ahli STAR lain untuk bertanding tetapi semuanya telah menolak. Ia mungkin disebabkan sama ada mereka tidak berminat, takut, tidak ada kewangan atau belum tahu mengenai politik.

Johnny berkelulusan tingkatan lima dan menyambung pengajian ke Institusi Kemahiran di Kuala Lumpur kini bekerja sebagai juruelektrik selain terlibat dalam perladangan.

STAR bukanlah sebuah parti baru. Parti telah ditubuhkan sejak tahun 1996 dan sentiasa aktif walaupun dengan keahlian yang tidak ramai. - WARTAKOPI

0 komentar:

Post a Comment

Assalamualaikum & salam sejahtera,
Komenlah dgn hikmah,admin tak bertanggungjawab atas komen yang dikeluarkan oleh anda