Terkini!

Ajib Jamal Kongsi Ilmu Sambil Menyanyi

Dalam genre nasyid, bergerak secara solo agak sukar dicari di Malaysia. Bilangan artis solo nasyid masih boleh dihitung berbanding artis berkumpulan.

Bagi Mohd Radzif Bin Jamaluddin, kerjaya tetap dalam bidang lain membuatkannya lebih mudah bergerak secara solo. Radzif atau dikenali Ajib Jamal merupakan Ketua Unit Agama Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Tasik Chini.

Kerjaya tetapnya itu tidak menghalang buat Ajib untuk bergerak sebagai artis nasyid solo.

Karier Ajib Jamal dalam genre nasyid bermula sejak tahun 2014. Ketika itu, dia telah merakamkan album Mohon Maghfirah. Album tersebut telah dijual sebanyak 35,000 unit.Album tersebut dirakamkan di UNIC Studio.

Selain bekerja sebagai Ketua Unit Agama Kem PLKN, Ajib turut memenuhi jemputan memberi ceramah. Ruang tersebut digunakannya untuk turut sama menyanyi dalam menghiburkan hadirin yang hadir ke ceramahnya.

UKHWAH CINTA ALBUM KEDUA AJIB JAMAL

Penerimaan orang ramai terhadap gaya persembahannya menyuntik semangat dalam diri Ajib Jamal untuk merakamkan album keduanya, Ukhwah Cinta.

Album Ukhwah Cinta

Album ini dirakamkan di studio Global Kuantan dan diedarkan sendiri oleh Ajib melalui program ceramahnya atau secara atas talian. 

Ukhwah Cinta menampilkan lagu-lagu berentak pop nasyid. Terdapat sembilan buah lagu dalam album ini antaranya ialah Ukhwah Cinta, Mohon Maghfirah dan banyak lagi.

Dalam laporan Berita Harian, Ajib menyatakan bahawa niat utama dia bernasyid adalah berkongsi ilmu serta menghiburkan orang ramai.

"Niat utama saya ceburi bidang nyanyian ini adalah untuk berkongsi ilmu di samping menghibur dengan lirik yang boleh memberikan manfaat kepada semua," ujar Ajib Jamal.

Album Ukhwah Cinta boleh didapati secara atas talian melalui laman rasmi Ajib Jamal.-WARTAKOPI

0 komentar:

Post a Comment

Assalamualaikum & salam sejahtera,
Komenlah dgn hikmah,admin tak bertanggungjawab atas komen yang dikeluarkan oleh anda