Terkini!

Raihan Kekal 500 Muslim Terpengaruh Dunia


Kumpulan nasyid Raihan kekal sebagai 500 Musim terpengaruh dunia bagi tahun 2017. Pengiktirafan ini merupakan kejayaan buat Raihan untuk sembilan tahun berturut-turut.

Pengiktirafan itu dicapai hasil kajian dilakukan Universiti Georgetown, Washington, Amerika Syarikat dan dikeluarkan dalam The Muslim 500: The World's Most Influential Muslims bagi seluruh umat Islam, merangkumi pelbagai bidang sepanjang 2016.

Raihan yang kini dianggotai Che Amran Idris, Abu Bakar Md Yatim dan Amran Ibrahim diletakkan dalam kategori Seni dan Budaya mewakili Malaysia.

Turut tersenarai ialah Yusuf Islam mewakili United Kingdom dan Maher Zain (Sweden).

Selain Raihan, selebriti Malaysia yang turut tersenarai bagi tahun kedua termasuk Datuk Siti Nurhaliza dan Hafiz Hamidun.

Nama Raihan mula tersenarai sejak 2008 apabila berjaya mencetus genre muzik baharu Islam kontemporari yang akhirnya menjadi ikutan kepada penggiat nasyid di dunia.

Dalam laporan Rojak Daily, ketua kumpulan Raihan, Che Amran menyatakan bahawafenomena nasyid kontemporari yang tercetus sejak album pertama mereka pada 1997 berjudul Puji-Pujian meninggalkan impak yang kuat di seluruh dunia.

“Semua itu adalah impak Raihan selaku pencetus genre muzik baharu kontemporari Islam yang diterima global. Selepas itu banyak lagi kumpulan nasyid baharu ditubuhkan sama ada di dalam negara mahu pun luar.

"Bagi kami, hasil kajian universiti terbabit sangat bermakna apabila dapat membawa nama Malaysia di mata dunia. Pastinya kami bersyukur kepada Allah selain ingin berterima kasih kepada seluruh penyokong genre nasyid kontemporari,” katanya.

Album sulung Puji-Pujian pemangkin kebangkitan semula nasyid.

Untuk rekod, Raihan ditubuhkan pada tahun 1998. Album pertama mereka, Puji-Pujian, mencatat sejarah apabila terjual lebih daripada 1.5 juta unit. Fenomena ini menjadi pemangkin kebangkitan semula nasyid selepas era NadaMurni dan The Zikr berakhir.- WARTAKOPI

0 komentar:

Post a Comment

Assalamualaikum & salam sejahtera,
Komenlah dgn hikmah,admin tak bertanggungjawab atas komen yang dikeluarkan oleh anda