Terkini!

[REVIEW] 2 Malaikat: Dedikasi Khas Brothers Buat Allahyarham Salleh


Pemergian salah seorang anggota mereka, Allahyarham Mohd Salleh Mohamed Deril pada Oktober 2016 bukanlah bermakna perjuangan seni kumpulan Brothers terkubur.

Walaupun pemergian Allahyarham Salleh merupakan satu kehilangan besar buat mereka namun perjuangan seni Brothers tetap diteruskan. 

Pada Jun 2017, Brothers yang terdiri daripada Syah, Faiz dan Yasin, tampil dengan single pertama selepas pemergian saudara Salleh berjudul 2 Malaikat. Ya, sekali baca judul lagu ini memang nampak sesuatu yang unik. 
Allahyarham Salleh meninggal dunia pada Oktober 20016.
Lagu ciptaan Syah (Inteam) manakala lirik ditulis oleh Yassin Sulaiman itu mengisahkan tentang perjalanan seseorang manusia ke alam kematian. Maksud 2 Malaikat sudah pasti kehadiran malaikat munkar dan nakir di alam kubur.

Lagu ini jika ditafsir secara mudah, sudah pasti merupakan satu dedikasi khas buat Allahyarham Salleh. 

Ku yakin makna hidup ini telah kau temu
Pada cinta setiap kami yang rindukanmu
Dan tidaklah makna hidup sempurna tanpamu
Bagiku yang telah lama mengenalimu
Damailah teman di alam baru
Menanti masa kita kan bertemu...

Bait lirik pada chorus lagu ini cukup menyentuh jiwa jika dihayati betul-betul. Nyata lirik ini ditujukan buat Allahyarham Salleh yang telah bersama Brothers sejak awal penubuhan mereka pada tahun 1996.

Malah Allahyarham Salleh turut bersama anggota-anggota asal Brothers sejak di bangku sekolah lagi. Ketika itu, mereka dikenali sebagai Mirwana (Generasi Pertama) di SMKA Maahad Hamidiah, Kajang, Selangor.


Kehadiran single 2 Malaikat tersebut difahamkan telah mencapai seribu penonton pada hari pertama dilancarkan iaitu pada 14 Jun yang lalu. Semoga perjuangan Brothers tetap diteruskan walaupun tinggal bertiga. 

- WARTAKOPI

0 komentar:

Post a Comment

Assalamualaikum & salam sejahtera,
Komenlah dgn hikmah,admin tak bertanggungjawab atas komen yang dikeluarkan oleh anda