Terkini!

Kenali Peserta Gema Gegar Vaganza 2 (GGV2)

[#GGV2] Rancangan Gema Gegar Vaganza Musim Kedua (GGV2) akan bermula pada 31 Mac 2018. Kali ini sebanyak 11 peserta berkumpulan dan solo akan bersaing.

1. BROTHERS

Kumpulan Brothers ditubuhkan pada tahun 1995. Sepanjang penglibatan dalam seni muzik, Brothers telah menerbitkan beberapa buah album iaitu We Are (1997), Satu Perjuangan (1998), Untukmu Teman (2000), Brothers Reunited (2005) dan Sabar (2015). Setelah pemergian Allahyarham Salleh, Brothers kini diteruskan oleh Yasin Sulaiman, Faiz dan Syah.

2. INTEAM


Kumpulan Inteam ditubuhkan pada tahun 1998. Pada awal penubuhan mereka, Inteam merupakan artis yang bernaung di bawah Hijjaz Music Entertainment (kemudian Hijjaz Records) milik kumpulan Hijjaz. Semasa di bawah naungan Hijjaz, mereka melahirkan beberapa buah album iaitu Kasih Kekasih (2000), Impian Kasih (2001), Damba Kasih (2003), dan In-Team '04 (2004).

Pada tahun 2006, Inteam menubuhkan Inteam Records. Selepas itu, Inteam tampil dengan album Tiada Lagi Kasih (2006), Nur Insani (2007), Allahu Rabbi (2009), Iman & Aman (2013) dan Zikir Hati (2017).

3. MESTICA

Kumpulan Mestica telah ditubuhkan di UiTM Shah Alam oleh 4 orang mahasiswa UiTM. Kumpulan ini sebenarnya adalah gabungan ahli daripada 3 kumpulan nasyid yang pernah bergiat aktif di kampus UiTM Shah Alam sekitar tahun 2000 hingga 2002 iaitu IS-ONE, As-Syiffa’ dan Al-Wahdah.

Pada peringkat awal penubuhannya kumpulan ini pernah menggunakan nama “Ideal” dan “Mestika”. Namun selepas menjalani ujibakat bersama pihak Hijjaz Music Entertainment (HME) dan diterima menjadi anggota keluarga terbaru HME nama kumpulan ini ditukar sekali lagi kepada nama “MESTICA”. Mereka pernah melahirkan tiga buah album iaitu Sendu Sendawa (2004), Layar Keinsafan (2005) dan Tiga Ratus Tiga Belas 313 (2007).

4. DEVOTEES

Nama asal Devotees ialah Devosi (Berasal dari devotion/kehambaan). Kumpulan Devotees telah ditubuhkan pada tahun 2005. Telah menerbitkan tiga buah album iaitu Devotees (2005) terbitan DME Records serta edaran NAR Records, Alternatif Hiburan Bermotivasi (2007) yang diterbitkan oleh D'Voice Entertainment, album Berjalan Tanpa Henti (2011) yang diterbitkan oleh Devotees Music Works edaran Wahyu Suci, dan album Devotees 336 terbitan Devotees Music Works dengan kerjasama Al-Baghdadi. Mereka pernah menjadi finalis Anugerah Industri Muzik ke 18 Kategori Lagu Nasyid Terbaik.

5.RABITHAH

Kumpulan vokal harmoni yang menyanyikan lagu-lagu yang berkonsep monolog.Mempunyai album pertama yang diterbitkan pada Mac 2017 berjudul 'Rabithah The Album' yang memuatkan 15 buah lagu terbitan Tarbiah Sentap Records. Rabithah dikenali apabila lagu mereka dijadikan lagu tema drama Kerna Syurga Bukan Percuma (Astro Oasis).

6. IPPO HAFIZ

Pada tahun 2009, Ippo Hafiz menyertai program realiti seperti Rentak Irama Jalanan di TVi dan Pertandingan Juara Muzik Pahang FM, yang mana dia telah dinobatkan sebagai juara pertandingan Nama Ippo mula dikenali ramai selepas lagu beliau "Rahsia" menjadi lagu runut untuk drama Teman Lelaki Upahan. Lagu-lagu Ippo Hafiz mula menjadi runut bunyi untuk drama lain dan Ippo juga digelar sebagai Mr. OST Melancarkan album sulung beliau yang menggunakan nama beliau sendiri pada tahun 2016.

7. FITRI HARIS

Merupakan bekas anggota kumpulan UNIC.Selepas bergerak solo, Fitri mempunyai 3 album solo iaitu Zikir Terapi, Qasidah Akustika dan Garis Takdir

8. ADEEP NAHAR

Merupakan bekas anggota kumpulan Fabulous Cats. Adeep pernah menyertai kumpulan nasyid iaitu Almawlid pada tahun 2012 namun tidak lama. Kemudian, beliau menyertai kumpulan The Muhibbains menerusi album kedua kumpulan itu, #LoveCintaMahabbah pada tahun 2016. Namun, beliau nekad keluar kerana mahu meneruskan karya solo.

9. AWI RAFAEL

Awi Rafael merupakan bekas vokalis utama Bhumiband, sebuah kugiran yang berasal daripada Singapura yang pernah memenangi Album Terbaik (Suara Dunia) dan Lagu Terbaik Singapura (Oh Kasih) di APM (2005). Pada tahun 2014 beliau meraih kejayaan di Anugerah Juara Lagu ke-28 apabila meraih tempat ketiga menerusi lagu hits "Kalau Aku Kaya" ciptaan Altimet.

10. HELIZA DAN HAZWANI HELMI



Duo adik-beradik ini mula dikenali menerusi album Jom Selawat. Selain menyanyi, mereka ini merupakan aktivis masyarakat.

11. FARAH ASYIKIN

Pernah mendapat tempat ke-3 Malaysian Idol (musim kedua) & tempat ke-5 One In A Million (musim pertama). Menceburi bidang nyanyian ketika berusia 19 tahun, Farah dikenali sebagai penyanyi apabila menghasilkan single Kembali Lagi Di Sisimu menerusi album kompilasi Bebas yang dihasilkan untuk mempromosikan produk Salem Cool Planet. Farah pernah tampil dengan album sulung Farah Asyikin (2007) terbitan Nature Records.

Pengacara GGV2 ialah Siti Nordiana, Fikhri Ibrahim dan Fakhrul UNIC manakala dua juri tetap dikekalkan iaitu Farihin Abdul Fattah dan Oki Setiana Dewi.- WARTAKOPI

0 komentar:

Post a Comment

Assalamualaikum & salam sejahtera,
Komenlah dgn hikmah,admin tak bertanggungjawab atas komen yang dikeluarkan oleh anda