Terkini!

Jangan Jadi Hamba Ramadhan

Salam Ramadhan Kareem buat seluruh umat Islam. Bulan yang penuh barakah,penuh rahmat dan berkat. Bagi mereka yang beriman,akan menanti bulan Ramadhan dengan penuh kegembiraan.

Rasullullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda: "Dan orang yang berpuasa itu beroleh dua kegembiraan yang menyenangkan hati: dikala berbuka, ia akan bergembira dengan berbuka itu, dan di saat ia menemui tuhannya nanti, ia akan gembira kerana puasanya." [Hadis Riwayat Ahmad, Muslim dan An-Nisa'i]

Dan bulan Ramadhan jugalah bulan tarbiah atau tranformasi diri. Tarbiah atau latihan yang ada dalam bulan Ramadhan membolehkan kita cuba memperbaiki diri. Amalan sunat yang dilakukan dalam bulan Ramadhan seharusnya menjadi titik permulaan untuk berubah dan diamalkan dalam bulan-bulan lain.

Bila sebut Ramadhan,ramai antara kita mula menjadi hamba Ramadhan tetapi bukan hamba Allah. Hah! Bukan hamba Allah? Apa pula hamba Ramadhan?

Yang dimaksudkan hamba Ramadhan ialah ramai antara kita sering kali  berbuat amal soleh di bulan Ramadhan tetapi bila tiba bulan lain, mulalah tinggal. Kalau Ramadhan mereka membaca al-Quran,solat sunat, berzikir, bersedekah dan sebagainya, tapi bulan Syawal ja,mulalah berubah kembali.

Ada yang kata,"Kira oklah tu buat amal dalam Ramadhan dari tak buat langsung.At least dalam setahun ada gak bulan ibadat". Ya, memang elok memuliakan Ramadhan tapi hakikat yang perlu  kita sedar ialah Ramadhan merupakan bulan permulaan.Maksudnya istiqamah untuk terus berubah perlu dilakukan.

Amat malang kalau kita hanya beramal dalam Ramadhan saja. Dalam 11 bulan, kalau difikirkan balik, cukupkah dosa-dosa kita terhapus hanya beribadat dalam Ramadhan. Dan adakah kita yakin dalam Ramadhan kita langsung tak buat dosa? Kalau kita yakin,tahniah!

Sekadar nasihat untuk bersama. Jangan jadi hamba Ramadhan tapi jadilah hamba Allah. Ingat, kita telah berjanji bahawa “Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku adalah kerana Allah” dalam doa iftitah setiap kali bersolat, janganlah dimungkiri janji kita dengan Allah itu. Semuanya kerana Allah, bukan kerana Ramadhan. Jadilah Hamba Allah, bukannya Hamba Ramadhan.

0 komentar:

Post a Comment

Assalamualaikum & salam sejahtera,
Komenlah dgn hikmah,admin tak bertanggungjawab atas komen yang dikeluarkan oleh anda