Antara lagu yang pernah mengangkat nama mereka ialah Isteri Solehah (nyanyian asal The Zikr), Rayuan Nurani, Ibadah dan Di Syurga Menanti.
Ditubuhkan pada tahun 2000, Saff One merupakan kesinambungan bagi dua kumpulan nasyid sebelumnya, Nahwan Nur dan Mustika.
Sewaktu belajar di Universiti Putra Malaysia (UPM), mereka bergiat aktif menerusi kumpulan Nahwan Nur,. Kumpulan Nahwan Nur merupakan artis OVA Production dan Permata Audio Production ketika jemaah al-Arqam masih wujud.
Menerusi Nahwan Nur, 5 buah album seperti ‘Amanat’ (1992), ‘Monolog’ (1993), ‘Persada Nurani’ (1994), ‘Dikala Hati Bercahaya’ (1995) dan ‘Terlerai Kabus Di Terbit Fajar’ (1996) berjaya diterbitkan.
Kemudian pada tahun 1998, beberapa ahli Nahwan Nur telah menubuhkan kumpulan Mustika di bawah label Pelangi Zaman Sdn Bhd. Menerusi Mustika, mereka melahirkan sebuah album iaitu Keagungan dan diedarkan syarikat Ambang Klasik Sdn Bhd.
Mustika cukup dikenali dengan lagu Maha Suci Allah.
Pada tahun 2000, Telaga Biru Sdn Bhd telah melamar mereka untuk bernaung di bawah syarikat tersebut. Nama telah ditukar kepada Saff One, yang bermaksud Satu Barisan. Ketika bersama Telaga Biru, 3 buah album telah diterbitkan iaitu Di Syurga Menanti (2002), Emas Awanan (2003) dan Sandaran Cinta (2005).
Album ‘Di Syurga Menanti’ telah terjual melebihi 15, 000 unit manakala ‘Emas Awanan’ pula telah mencecah 10, 000 unit setelah 3 minggu berada di pasaran.
Setelah tamat kontrak bersama Telaga Biru, Saff One sepi dari menerbitkan lagu-lagu terbaru. Namun mereka masih aktif dalam persembahan-persembahan nasyid di bawah pengurusan mereka sendiri, Saff One Management sejak tahun 2007.
CITA PERJUANGAN SAFF ONE
Setelah sekian lama tiada lagu baru, akhirnya Saff One tampil dengan single terbaru, Cita Perjuangan. Lagu ini menampilkan kelainan yang ketara bagi Saff One.
Dengan konsep nasyid haraki (perjuangan). lagu ini menampilkan mesej buat para pejuang untuk sentiasa ke hadapan. Sebuah lagu yang mempunyai 'roh' tersendiri.
Malah lagu ini seolah menggambarkan hasrat Saff One sendiri dalam meneruskan perjuangan dakwah menerusi nasyid.
Cita Perjuangan terkandung dalam album Satu Perjuangan, sebuah album kompilasi nasyid haraki Pertubuhan IKRAM Malaysia. Album ini diterbitkan oleh Risalah Harmoni Sdn Bhd.
Menerusi album tersebut, Saff One turut menyanyikan lagu tema IKRAM dan Demi Masa. Selain Saff One. Album tersebut turut menampilkan Izzatul Islam, Fedaa', Muharrik dan Zeyad.-WTKP
Menerusi Nahwan Nur, 5 buah album seperti ‘Amanat’ (1992), ‘Monolog’ (1993), ‘Persada Nurani’ (1994), ‘Dikala Hati Bercahaya’ (1995) dan ‘Terlerai Kabus Di Terbit Fajar’ (1996) berjaya diterbitkan.
Kemudian pada tahun 1998, beberapa ahli Nahwan Nur telah menubuhkan kumpulan Mustika di bawah label Pelangi Zaman Sdn Bhd. Menerusi Mustika, mereka melahirkan sebuah album iaitu Keagungan dan diedarkan syarikat Ambang Klasik Sdn Bhd.
Mustika cukup dikenali dengan lagu Maha Suci Allah.
Pada tahun 2000, Telaga Biru Sdn Bhd telah melamar mereka untuk bernaung di bawah syarikat tersebut. Nama telah ditukar kepada Saff One, yang bermaksud Satu Barisan. Ketika bersama Telaga Biru, 3 buah album telah diterbitkan iaitu Di Syurga Menanti (2002), Emas Awanan (2003) dan Sandaran Cinta (2005).
![]() |
| Album-Album Saff One dari tahun 2002-2005 |
Album ‘Di Syurga Menanti’ telah terjual melebihi 15, 000 unit manakala ‘Emas Awanan’ pula telah mencecah 10, 000 unit setelah 3 minggu berada di pasaran.
Setelah tamat kontrak bersama Telaga Biru, Saff One sepi dari menerbitkan lagu-lagu terbaru. Namun mereka masih aktif dalam persembahan-persembahan nasyid di bawah pengurusan mereka sendiri, Saff One Management sejak tahun 2007.
CITA PERJUANGAN SAFF ONE
![]() |
| Saff One rakam lagu Cita Perjuangan Sumber: FB Saff One |
Dengan konsep nasyid haraki (perjuangan). lagu ini menampilkan mesej buat para pejuang untuk sentiasa ke hadapan. Sebuah lagu yang mempunyai 'roh' tersendiri.
Malah lagu ini seolah menggambarkan hasrat Saff One sendiri dalam meneruskan perjuangan dakwah menerusi nasyid.
Cita Perjuangan terkandung dalam album Satu Perjuangan, sebuah album kompilasi nasyid haraki Pertubuhan IKRAM Malaysia. Album ini diterbitkan oleh Risalah Harmoni Sdn Bhd.
Menerusi album tersebut, Saff One turut menyanyikan lagu tema IKRAM dan Demi Masa. Selain Saff One. Album tersebut turut menampilkan Izzatul Islam, Fedaa', Muharrik dan Zeyad.-WTKP





No comments:
Post a Comment
Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.