Terkini!

Penubuhan MUM Dialu-alukan


Usaha menubuhkan Majlis Usrah Munsyid (MUM) amat dialu-alukan. Tindakan ini dikira wajar bagi memastikan artis-artis nasyid (munsyid) mempunyai jati diri yang kuat serta sentiasa membetulkan niat terjun ke bidang hiburan kerana dakwah.

Jika sebelum ini ramai orang melihat nasyid sekadar industri persinggahan sebelum menyertai irama lain, penubuhan MUM dijangka mampu memberi kesedaran kepada munsyid bahawa kehadiran mereka dalam arena hiburan bukan untuk suka-suka.

Masyarakat sebelum ini menghentam industri nasyid dek kerana tingkah laku artis-artisnya yang tidak menepati lagu yang disampaikan. Lihat sahaja berapa ramai artis nasyid telah 'belot' malah putar diri dari nasyid ke irama lain. Tidak salah terjun ke irama lain tapi perubahan akhlak yang ketara seperti membuka baju menyebabkan orang memandang negatif kepada nasyid.

Selepas pemergian pahlawan-pahlawan nasyid, nasyid seharusnya menyediakan generasi pelapis yang baru. Dulu ramai penasyid mampu membawa title ustaz tapi kini untuk membawa title ustaz amat berkurangan.

Semoga MUM mampu membawa perubahan besar dalam arena nasyid.

1 komentar:

  1. nasyid sekarang banyak yang bermuzikkan kontemporari.. Ianya tidak mengapa, tapi takut2 penasyidnya juga turut ter'kontemporari' juga.

    Saya sangat bersetuju dengan idea usrah ini, sebab ramai penasyid yg dah bertukar genre dah.. Satu lagi, dalam usrah ni dapatlah kita terus bermuhasabah diri, membetulkan niat dan iman kepada Allah dalam konteks berdakwah menerusi hiburan ini..

    "Lagu Bukan Sekadar Lagu"

    ReplyDelete

Assalamualaikum & salam sejahtera,
Komenlah dgn hikmah,admin tak bertanggungjawab atas komen yang dikeluarkan oleh anda