TERKINI!

Nasyid Ketandusan Artis?

oleh: Studiokini


Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 (ABPBH) telah berakhir dan kumpulan nasyid Rabbani diumumkan sebagai Artis Nasyid Paling Popular untuk tahun tersebut. Kemenangan sekali lagi kumpulan Rabbani ini dilihat mencerminkan populariti nasyid itu sendiri yang semakin merosot.

Rabbani telah menjadi Artis Nasyid Paling Popular sejak tahun 2001 hingga kini. Kemenangan Rabbani bukan hendak dipertikaikan namun mengikut sejarah dalam mana-mana anugerah, yang dilihat menonjol hanya nama-nama seperti Rabbani, Raihan, Hijjaz, Inteam dan mungkin UNIC.

MENGAPA JADI BEGINI?

Pelik bin ajaib, aneh sungguh. Populariti artis nasyid dilihat pada nama-nama tertentu sahaja. Adakah berlaku monopoli dalam kalangan artis nasyid? Jika dilihat dari aspek kelebihan, nyata artis nasyidlah yang paling banyak ruang untuk mempromosikan diri.

Dari album, internet hinggalah ke radio, artis nasyid mempunyai stesen tersendiri. Namun mengapa tidak menggunakan saluran ini dengan baik? Atau adakah dalam saluran-saluran ini, terdapat unsur berat sebelah?

Misalnya dalam radio nasyid 'Pilihan Utama Anda', didapati lagu-lagu yang disiarkan adalah lagu-lagu terpilih. Lagu-lagu nasyid yang menegur pihak atasan, yang mengandungi unsur-unsur teguran secara 'direct' tak disiarkan.

Contohnya, lagu-lagu kumpulan Mawaddah, Shoutul Amal, La Khauf atau kumpulan-kumpulan nasyid yang berasal dari aliran yang selari dengan pucuk pimpinan terlalu sukar malah tiada dalam radio 'Pilihan Utama Anda'.

Bukan mempertikaikan usaha stesen terbabit namun hanya minta tidak berlaku unsur pilih kasih. Jika ditanya pendapat penulis, penulis merasakan Nasyid.fm lebih banyak lagu nasyid berbanding radio terbabit. Namun bukan semua dapat mendengar Nasyid.fm.

NASYID INDIE TIDUR?

Gelombang nasyid indie ternyata telah berlaku dengan mendadak sekarang. Namun apa yang dikesali, nasyid indie seolah-olah muncul sekadar hangat-hangat tahi ayam. Kualiti nasyid indie masih terlalu jauh. Tak dinafikan soal kos memainkan peranan penting tapi dalam merakamkan album, usah terlalu kejar masa.

Nasyid indie harus buktikan mereka bukan golongan syok sendiri. Komuniti nasyid indie perlu belajar dengan artis mainstream, tak kisah sama ada artis biasa atau nasyid.

Persoalan nasyid ketandusan artis akan lenyap tapi persoalan nasyid ketandusan artis berkualiti itu yang menjadi realiti sekarang.

Apapun, nasyid akan terus wujud selagi perjuangan dakwah masih ada.

3 komentar:

  1. Penyokong Nasyid TempatanOctober 2, 2010 at 10:42 PM

    Nasyid tidak ketandusan artis tapi pengiktirafan masayarakat dan pihak industri hiburan kepada mereka yg kurang brbanding lagu2 irama lain.. Pada pendapat saye, selalunye yang menang anugerah2 utama kumpulan rabbani dan raihan saje.. kumpulan2 macam hijjaz , in team dan unic yang lebih baik (bagi saya) dan selalu mengeluarkan album baru macam xdihargai dan jarang diberi anugerah.. tengok la lagu2 yang menang lagu same je intifada, n lagu2 raihan.. bukan nak dipertikaikan raihan dan rabbani (diorg tetap best) tapi nampaknya kumpulan mereka je yang dikenali dan menang.. yang peliknye lagu yg dah bertahun2 lame leh dpat anugerah lagu2 nasyid lain sperti xwujud.. tapi kalu tengok lagu2 yang jadi juara kat carta ikim xmenang d anugerah2 muzik malaysia pun.. bukan nak mempertikan kumpulan2 yg selalu menang tapi mcam ini industri xberkembang bila org same je dapat anugerah.. tu la ceteknya pengetahuan n pendedahan rakyat2 kita tentang lagu nasyid.. jadinya kemungkinan inilah yang menyebabkan semakin ramai kumpulan nasyid berpecah.. sebab, mereka xdihargai n diangkat d klagn rakyat.. mana adil macam ni... aku paling minat hijjaz kumpulan dah lame dan menjadi sifu kepada ramai kumpulan nasyid lain tapi jarang benar kumpulan ini diangkat di festival muzik malaysia n asia apatah lagi.. bagi saya la lagu2 dari kumpulan unic , in team n hijjaz lebih baik drpd seluruh lagu d Malaysia.. dan patut menang lagu terbaik n juara lagu.. sebabnya mereka mempunyai vokal yg sugguh baik dan lagu2 nasyid memberikan mesej2 yang baik dan nasihat kpada pelbagai golongan.. selain menjadi medium untuk berdakwah.. lagu2 ini patut diangkat ke peringkat lebih tinggi supaya org2 bukan islam boleh tertarik dgn keindahan agama islam di Malaysia khusunya.. bukannya lagu2 cinta melalaikan yg mengikut nafsu semata-mata yg patut diangkat n diberikan pengiktirafan..

    ReplyDelete
  2. bagi sy artis nasyid xketandusan... dlm isu ni kita hnay lihat pembaca Berita Harian sahaja yg mgundi... jd pembaca hanya tahu segelintir munsyid sahaja.

    Dgn dihighlight kat sini ialah aris paling popular. Maka otai nasyid yg jd pilihan popular...

    ReplyDelete
  3. mungkin ADMIN belum benar2 kenal dunia nasyid.......undian nasyid tu di ABPBH hnya pembaca BH saja...bkn smua tu peminat2 nasyid...so pikirlah sndri..!!!!!!!!

    ReplyDelete

Assalamualaikum & salam sejahtera,
Komenlah dgn hikmah,admin tak bertanggungjawab atas komen yang dikeluarkan oleh anda