Terkini

Post Top Ad

Your Ad Spot

09 June 2017

KAMU Kisah Tentang Kekeluargaan - Najwa Latif

Setelah hampir setahun menyepikan diri, akhirnya Najwa Latif muncul dengan sebuah single terbarunya, KAMU.

Lagu KAMU muncul setelah dirinya terkesan menyaksikan sendiri masalah dalam kehidupan seharian serta isu kemanusiaan yang tidak pernah selesai,

Single ini merupakan ciptaan Najwa sendiri dan liriknya dibuat bersama kakaknya Ika Latif.

Menurut Najwa, sebagai manusia biasa, beliau terpanggil untuk menulis sebuah lagu tentang kehidupan dan pentingnya kasih sayang di dunia terutamanya dalam kekeluargaan.

Beliau melihat betapa pentingnya sokongan dari keluarga dan sahabat ketika seseorang itu menghadapi dugaan dalam kehidupan seharian mereka, menurut najwa lagi dia hanya mampu untuk membantu memberi perangsang dengan “bersuara” melalui lagu.


Ika Latif, penulis lirik KAMU pula menyatakan:

"Saya mahu masyarakat sedar yang pentingnya kasih sayang tanpa wujudnya diskriminasi di dunia ini, tambahnya sesuatu yang berlaku dalam kehidupan pastinya akan ada jalan penyelesaian dan semuanya berakhir dengan kebaikan."

Lagu KAMU merupakan lagu kedua belas hasil nukilan Najwa bersama Ika Latif.

Najwa ingin sambung belajar.
Dalam pada itu, Najwa yang baru sahaja menamatkan pengajian dalam bidang pengkhususan bahasa Inggeris di Universiti Antarabangsa UNITAR, menyatakan hasrat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya.


Justeru, kehadiran KAMU ini diharapkan dapat mengubati kerinduan para pendengar yang menanti karya terbaru darinya.

- WARTAKOPI

No comments:

Post a Comment

Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Post Top Ad



Your Ad Spot

Pages