![]() |
| Ehsan: Facebook Erwan |
Bagi Erwan Muhibbain, medium muzik digunakannya dalam menyampaikan mesej ketuhanan serta melaksanakan kerja amal melalui muzik.
Dengan konsep Charity Through Music, muzik digunakan sebagai medium menyampaikan mesej kepada masyarakat manakala hasil kutipan jualan disumbangkan kepada pihak-pihak yang memerlukan.
Pernah muncul dengan album solo pertamanya, Fear.Love.Hope pada tahun 2016, Erwan meneruskan langkah menerusi kemunculan album solo keduanya, Aku Hamba Mu.
Selain bergerak solo, Erwan juga merupakan anggota kumpulan The Muhibbain, yang turut dianggotai Adeep Nawar. Melalui The Muhibbain, mereka telah menghasilkan dua buah album iaitu Mengenal Cinta (2012) dan #lovecintamahabbah (2014).
Dalam masa sama, dia turut menyanyi bersama Caravan of Praise yang turut dianggotai Andy Flop Poppy, Sheikh Radzi, Hafiz Udu, Emran Taib dan Azhar Helmi.ALBUM UNTUK BANTU KERJA AMAL
Album Aku Hamba Mu merupakan kesinambungan usaha Erwan dalam membantu sebuah badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Kengkawan Project, dalam menjalankan kerja-kerja amal.
Kengkawan Project merupakan NGO yang kerap melakukan kerja amal dan mengumpul dana bagi tujuan kebajikan.
Usaha Erwan dalam membantu Kengkawan Project bermula dari album solo pertamanya, Fear.Love.Hope lagi. Setiap sen daripada jualan album disumbangkan ke tabung yang diusahakan NGO itu.
Konsep yang sama digunakan dalam album Aku Hamba Mu. Album ini mengandungi tujuh trek iaitu Doa (feat Imam Muda Hassan), Kalimah Agung, Terima Kasih Pada Mu, Selawat (feat Imam Muda Hassan), Tenteram, Semuanya, Zikir (feat Imam Muda Hassan), Bantulah Aku, Sinar Hati, Doa Ibu Bapa, dan Selamat Datang.
Album Aku Hamba Mu yang bergenre R&B ini diterbitkan oleh Kengkawan Project. Album ini boleh didapati melalui laman Facebook Kengkawan Project.
- WARTAKOPI




No comments:
Post a Comment
Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.