TERKINI!

Penantian Almawlid Berakhir

Dulu mereka merupakan anggota bagi kumpulan-kumpulan R&B utama di Malaysia. Penghijrahan mereka ke arah yang lebih baik, menyatukan mereka semua dalam satu kumpulan.

Amer Munawer Yusoff (Amer Ruffedge), Abdullah Ahmad (Lah VE), Saiful Amir Abdul Wahab (Pot Innuendo), Azan Addin Abdul Wahab (Azan Ruffedge) dan Zafri Nanarudin (Zaf VE) mengambil keputusan untuk bergabung dalam satu kumpulan, Almawlid.

Penghijrah semua ahli Almawlid lebih setahun lalu bukan bermakna berhenti dalam bidang nyanyian. Dalam berhijrah, mereka cuba ingin sampaikan bahawa hiburan tak salah disisi Islam tetapi ada batas-batas tertentu.

Buktinya, mereka terus menghasilkan single sebaik sahaja berhijrah iaitu Cahaya Seluruh Alam dan Menuju Ke Madinah. Hasilnya, peminat menerima imej baru mereka dengan hati yang terbuka malah sambutan ke atas mereka kian bertambah.

Setelah hampir setahun menjalani proses rakaman, akhirnya penantian album penuh Almawlid tiba. Kini mereka berjaya tampil dengan album sulung mereka.

Menggunakan Almawlid sebagai judul, album ini diterbitkan oleh Inteam Records dan diedarkan oleh Warner Music. Terdapat 8 tracklist dalam album ini iaitu Intro: Bacaan Al-Quran dan Selawat, Mahalul Qiyam, Cahaya Seluruh Alam, Tholama, Menuju Ke Madinah, Doa Dari Mama (interlude), Ingin Bersamamu dan Cahaya Seluruh Alam (minus one).

Album ini mula berada di pasaran sejak 7 Ramadhan 1433H yang lalu. Dapatkan dipasaran sekarang!

0 komentar:

Post a Comment

Assalamualaikum & salam sejahtera,
Komenlah dgn hikmah,admin tak bertanggungjawab atas komen yang dikeluarkan oleh anda