Terkini!

Raya & Usia: Hadiah Raya Dari Soutul Amal

Walaupun sudah 17 tahun ditubuhkan iaitu sejak tahun 1998 namun kumpulan Soutul Amal (SA) belum pernah berpeluang untuk merakamkan lagu raya sendiri.

Kemunculan semula mereka dalam dunia seni dimanfaatkan bagi merealisasikan hasrat mereka.

Bagi tahun 2015 ini,SA tekad untuk menerbitkan sebuah lagu raya sebagai hadiah buat para peminat mereka.

Album mini Raya & Usia ini diterbitkan sebulan selepas album mini Langkah Pejuang yang diterbitkan pada Jun 2015 yang lalu.

Soutul Amal bersama Isman (Hijjaz).
Sumber: FB Soutul Amal.
Bagi lagu Raya & Usia, SA menggunakan khidmat Isman Nadim (Hijjaz) sebagai penerbit.

Lagu tersebut pula ditulis oleh Firdaus dan Subri,anggota SA sendiri manakala lagunya digubah oleh Firdaus.

Dalam album mini juga, turut dimuatkan 2 buah lagu lain iaitu Kita Semua al-Qassam dan Fana. 2 buah minus one lain pula ialah Raya & Usia serta Kita Semua al-Qassam.

Dalam perkembangan lain, difahamkan bahawa Soutul Amal akan menerbitkan album penuh menjelang Januari 2016.

Album itu nanti akan menghimpun lagu-lagu yang telah dimuatkan dalam 3 buah album mini mereka. Untuk rekod,SA telah menerbitkan album mini seperti Edisi Khas,Langkah Pejuang dan Raya & Usia.

Manakala 2 buah album penuh ialah Amal Kerana Allah dan Gema Perjuangan.

Bagi album kompilasi pula,SA sudah menerbitkan 2 buah kompilasi iaitu Satu Analisa dan Seru Pembelaan.

Album Raya & Usia ini akan berada di pasaran bermula 13 Julai 2015. Hubungi SA melalui Facebook mereka. - STUDIOKINI

0 komentar:

Post a Comment

Assalamualaikum & salam sejahtera,
Komenlah dgn hikmah,admin tak bertanggungjawab atas komen yang dikeluarkan oleh anda