Kumpulan SUP yang bermaksud Salam Untuk Pendengar, pernah menggegarkan industri muzik Malaysia sekitar tahun 2000. Lagu yang mengangkat nama kumpulan ini ialah Rintihan Jiwa dan Arus Cinta.
![]() |
| Album sulung SUP |
Harian Metro melaporkan, Kalam telah diterima menyertai kumpulan Iman Heart, yang bertapak di negeri Johor.
“Ramadan kali ini adalah sesuatu yang baru bagi saya kerana dapat berdakwah menerusi nyanyian melalui pembabitan dalam kumpulan nasyid Iman Heart." ujar Kalam.
Menceritakan tentang penglibatan awalnya dalam kumpulan Iman Heart, Kalam menjelaskan bahawa dia dan ketua kumpulan Iman Heart,Zek Ayry Khan Zarak Khan, merupakan rakan karibnya sejak di bangku sekolah lagi.
“Awal bulan ini, saya berpeluang bertemu dengannya dan bersetuju menjadi penyanyi bagi album kedua kumpulan berkenaan,” katanya.
Mengenai Iman Heart, kumpulan ini ditubuhkan pada awal tahun 2016 di Johor. Bernaung atas label sendiri, Iman Heart Records, kumpulan ini kini dalam proses rakaman album kedua mereka.
FIESTA RAYA R&R EDL 2016
![]() |
| Sidang media Fiesta R&R EDL 2016. Turut serta, Iman Heart dan REM. Kredit: Iman Heart |
Sebanyak 50 lot perniagaan akan disewakan, di mana 20 lot akan disewakan secara percuma kepada para usahawan kecil-kecilan menerusi Majlis Agama Islam Johor (MAIJ). Fiesta ini bermula dari 6 Jun - 5 Julai 2016.
Dalam fiesta tersebut, Iman Heart turut terlibat mengadakan persembahan dan membantu golongan yang memerlukan bantua. Buat Kalam, teruskan perjuangan dalam dunia seni Islam. - WRTKP





No comments:
Post a Comment
Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.