Belum terlambat untuk Mirwana kembali aktif dalam era industri hiburan.Dalam keadaan masih bersemangat, kumpulan yang dianggotai enam anggota itu tampil dengan single terbaru mereka, Cinta Bukan Mainan.
Menerusi laporan Harian Metro, salah seorang anggota Mirwana, Hafiz menyatakan bahawa mereka masih bersemangat untuk tampil aktif.
Dalam laporan yang sama, Mirwana turut menegaskan bahawa mereka bukanlah kumpulan nasyid tetapi kumpulan harmoni seperti VE, Ruffedge dan Innuendo.
“Mungkin ramai salah anggap kami kumpulan nasyid. Hakikatnya Mirwana adalah kumpulan vokal harmoni, sama seperti VE dan Ruffedge,” kata Naim mewakili kumpulannya.
Penegasan ini merupakan penegasan kedua dibuat oleh Mirwana.Pada tahun 2010, Mirwana pernah menyatakan bahawa mereka bukanlah artis nasyid tetapi lebih kepada genre harmoni yang mengetengahkan mesej-mesej yang positif.
CINTA BUKAN MAINAN DAPAT SAMBUTAN
Cinta Bukan Mainan merupakan lagu ciptaan sepenuhnya oleh komposer Hafiz Hamidun. Kolaborasi ini merupakan yang pertama antara Mirwana dan Hafiz Hamidun.
Lagu ini lebih mengisahkan cinta seorang hamba dengan Sang Pencipta.



No comments:
Post a Comment
Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.