Terkini

Post Top Ad

Your Ad Spot

14 April 2018

Kenali Mirwana Generations (Mirwanation)

Mirwanation (Mirwana Generation) ialah projek khas istimewa gabungan beberapa generasi ahli kumpulan Mirwana dari SMKA Maahad Hamidiah. Projek ini adalah cetusan idea Cikgu Akmaludin Shamsudin yang ditujukan khas buat pengasas Mirwana, Cikgu Hj Abu Hassan Morad, Cikgu Hjh Zarinah Zakaria serta para guru pembimbing dan pengiring Mirwana sejak tahun 1991 hingga kini.

Enam kumpulan Mirwana Generations terlibat dalam album Mirwanation ini iaitu ZeiN, G9, Mirwana, Nice, TeeGees dan JunSen.

1. ZeiN

ZeiN merupakan gabungan Generasi ke 3 & 4 kumpulan Mirwana SMKA Maahad Hamidiah. Beberapa ahli kumpulan ZeiN pernah tampil dalam album-album Mirwana yang diterbitkan semasa di sekolah. Juga terlibat dalam kumpulan-kumpulan nasyid lain selepas itu. Dalam album Mirwanation ini, ZeiN dianggotai oleh Fauzan, Wan Fazrul, Fikrie alJawie dan Helmi Majid.

2. G9

G9 bermula sebagai Mirwana Generasi Ke-9 dengan 16 anggota pernah menghasilkan album 'indie' G9 pada tahun 2002. Fahmi, Amru, Fauzan, Hafizi, Hafiz dan Shahril meneruskan legasi dengan SPEKTRUM bagi mewarnai persada industri muzik Malaysia

3. MIRWANA

Mirwana merupakan Generasi ke lima kumpulan Mirwana yg tertubuh sekitar tahun 1993 yang pada asalnya ditubuhkan oleh Yasin Sulaiman (Brothers) di SMKA Maahad Hamidiah Kajang. Mirwana pernah tampil dengan 3 buah album komersial sebelum ini dan masih aktif menghasilkan single-single baru hampir setiap tahun. Mirwana terdiri daripada 6 orang ahli iaitu Hafiz, Along, Naim, Ikram, Faiz dan Akmal.

4.NICE

NICE sebuah kumpulan yg ditaktifkan sebagai Network Individual Calibrated for Exploration (NICE) membawa maksud sekumpulan individu yang berhubung baik antara satu sama lain dengan matlamat menentu ukur penjelajahan mereka dalam industri musik agar diterima sehingga ke seluruh dunia. Ditubuhkan pada tahun 2006, 2 orang ahlinya Izwan dan Afiq terdiri daripada Mirwana Generasi ke-12 Maahad Hamidiah Kajang. Pernah tercalon Top 5 Album Nasyid Terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM) ke 16. Kini NICE kembali dengan penampilan Single terbaru berkonsep Motivasi , Cita Terindah.

5. TeeGees

Dianggotai Saiful, Aqwal, Azrinaz, Raja, Luqman dan Khairul, merupakan anggota asal Mirwana G-14 (Generasi ke 14) yg ditubuhkan pada 2003. Kini G-14 kembali bersatu atas nama Tee Gees.

6. JunSen

Hasil gabungan daripada Mirwana berbagai generasi, JunSen yang menggabungkan maksud 'JUNior - SENior', dianggotai Akmal, Fauzan, Izwan, Syafiq dan Aqwal.

Album Mirwanation boleh didapati di saluran digital iTunes dan Spotify. - WARTAKOPI

No comments:

Post a Comment

Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Post Top Ad



Your Ad Spot

Pages