Terkini

Post Top Ad

Your Ad Spot

09 June 2018

Dunia Oh Dunia Naikkan Nama Lambaian Kasih


[RETRO] Kumpulan Lambaian Kasih ditubuhkan pada November 1993 di Pusat Pengajian Taman Islam, Kemaman, Terengganu.

Pada awal penubuhannya, kumpulan ini diletakkan di bawah naungan Jabatan Dakwah dan Penerangan. Kemunculan awal Lambaian Kasih dalam penerbitan album bermula dengan album sulung mereka, Hidayah Keinsafan. Album ini diterbitkan pada tahun 1994.

Album pertama, Hidayah Keinsafan

Album Hidayah Keinsafan diterbitkan oleh Lajnah Seni dan Bakat, Pusat Pengajian Islam, Taman Islam Kemaman, Terengganu. Antara lagu yang terkenal dalam album ini ialah Hidayah Keinsafan.

Perjuangan Lambaian Kasih diteruskan melalui penampilan yang lebih 'mainstream'. Pada tahun 1996,  Permata Audio Production, sebuah syarikat nasyid yang terkenal ketika itu, bersetuju menerbitkan album kedua Lambaian Kasih.

Dengan bernaung di bawah Permata Audio Production, nama Lambaian Kasih sebaris dengan artis-artis nasyid yang terkenal ketika itu seperti Nahwan Nur, Soutus Sofwa dan lain-lain lagi.

Album kedua, Dunia Oh Dunia

Album kedua, Dunia Oh Dunia diterbitkan pada tahun 1996. Album ini menampilkan 10 buah lagu nasyid iaitu Dunia oh Dunia, Rintihan Seorang Anak, Melodi Perpisahan, Selawat (Khoirul Ibad), Pahlawan Agama, Hidayah Keinsafan, Ole-ole Untuk Adik, Renungan Buat Insan, Bangunkan Islam  dan Selamat Pengantin Baru Album kedua Lambaian Kasih ini terkenal dengan lagu Dunia Oh Dunia.

Lambaian Kasih suatu ketika dahulu

Tidak dipastikan ke mana kumpulan Lambaian Kasih selepas berakhirnya era Permata Audio Production. Yang pasti, dua orang anggota asal Lambaian Kasih iaitu Mohd Subri Abdullah dan Firdaus Sahiddin telah menganggotai Soutul Amal sejak tahun 1998.

Perjuangan seni Lambaian Kasih diteruskan Soutul Amal. Malah lagu Pahlawan Agama dinyanyikan semula oleh Soutul Amal dengan menukar judulnya kepada Awwal Kalam. Kredit foto: Facebook Lambaian Kasih - WARTAKOPI

3 comments:

  1. Sedikit pembetulan di perenggan Akhir..

    Soutul Amal merakamkan semula lagu Selawat dengan melodi yg berbeza. Lagu Pembela Agama dirakamkan semula oleh Fitri Haris...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Saya salah seorang bekas ahli LK (Lambaian Kasih) 1995-1997. Bekas2 ahli masih lagi berhubung bersama penaung, Ust Megat Suhaimi di dalam group WhatsApp.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih Wartakopi atas artikel yang sangat mengimbau kenangan ini.. Jazakumullahu Khairan..

    ReplyDelete

Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Post Top Ad



Your Ad Spot

Pages