![]() |
| Album fizikal berbentuk naskah buku yang unik |
Kumpulan Salammusik terkenal dengan karya bersifat kritikan sosial dicampur dengan adunan irama baharu serta muzik gabungan unsur budaya dan rentak moden.
Tatkala ramai artis memasarkan album atau single mereka melalui saluran digital tetapi Salammusik mengambil tindakan sebaliknya. Mereka mengambil langkah menerbitkan album ketiga, Riwayat sepenuhnya dalam bentuk fizikal.
Dipetik dari Harian Metro pada 14 Ogos 2019, mereka mempunyai alasan tersendiri untuk tidak menerbitkan album ini secara digital.
RIWAYAT: EKSPERIMENTAL MUZIK YANG BERJAYA
Berdiri atas label sendiri, Salammusik Sdn Bhd, album Riwayat ini diterbitkan secara terhad. Dengan harganya yang mencecah RM100 seunit, ia menjanjikan sebuah karya yang cukup berbaloi kepada pendengar. Kiranya tempoh 4 tahun untuk menghasilkan album ini setanding dengan kualiti yang dihasilkan.
Riwayat diselitkan dengan elemen muzik tradisional seperti gamelan, gendang, keroncong selain dicampur dengan muzik moden supaya pendengar dapat menerimanya.
Album ini memuatkan 13 lagu antaranya Sedia, Tiada Rasa Sebaris Kata, Cengkaman Beracun, Utusan Kasih, Malam Terlerai, Debar Lembut dan Menyemai Kemungkinan.
Cetakan album fizikal pula dibuat melalui kaedah sebuah berkulit tebal. Sekali pandang, ia ibarat sebuah naskah yang mengandungi cerita disebalik lagu.
Sambil mendengar lagu, pendengar boleh menghayati lirik yang terdapat dalam naskah tersebut. Dalam naskah Riwayat ini, Salammusik turut menyelitkan sebuah buku kod lagu yang terdapat dalam album ini.

“Ketika industri muzik rancak dengan evolusi dunia digital pada 2012, kami juga terikut sama ketika itu apabila kerap tampil dengan single. Namun, empat tahun lalu kami sudah mula merangka konsep album ini. Riwayat adalah album berbentuk konseptual apabila ia banyak pengisian seperti sejarah, fakta dan banyak bereksperimen dengan bunyi," ujar Ashraf Salam, penyanyi utama kumpulan ini.
RIWAYAT: EKSPERIMENTAL MUZIK YANG BERJAYA
Berdiri atas label sendiri, Salammusik Sdn Bhd, album Riwayat ini diterbitkan secara terhad. Dengan harganya yang mencecah RM100 seunit, ia menjanjikan sebuah karya yang cukup berbaloi kepada pendengar. Kiranya tempoh 4 tahun untuk menghasilkan album ini setanding dengan kualiti yang dihasilkan.
Riwayat diselitkan dengan elemen muzik tradisional seperti gamelan, gendang, keroncong selain dicampur dengan muzik moden supaya pendengar dapat menerimanya.
Album ini memuatkan 13 lagu antaranya Sedia, Tiada Rasa Sebaris Kata, Cengkaman Beracun, Utusan Kasih, Malam Terlerai, Debar Lembut dan Menyemai Kemungkinan.
Cetakan album fizikal pula dibuat melalui kaedah sebuah berkulit tebal. Sekali pandang, ia ibarat sebuah naskah yang mengandungi cerita disebalik lagu.
Sambil mendengar lagu, pendengar boleh menghayati lirik yang terdapat dalam naskah tersebut. Dalam naskah Riwayat ini, Salammusik turut menyelitkan sebuah buku kod lagu yang terdapat dalam album ini.

No comments:
Post a Comment
Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.