![]() |
| Pimpinan SakSaMa menunjukkan logo STAR bagi menghadapi PRU14. |
Menurut Utusan Borneo pada 8 Januari 2018, Presiden STAR, Lina Soo menyatakan bahawa SakSama memang berhasrat menyertai PRU14.
"Memilih di antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (HARAPAN) tidak memberi pilihan yang baik kepada pengundi untuk memilih. Ia merupakan pilihan di antara UMNO dan bekas UMNO.
"SakSaMa terletak dalam pertengahan dengan menawarkan harapan kepada pembaharuan politik dan memberi harapan daripada konflik yang sedang berlaku sekarang terutama yang menjadi mangsa seperti anda dan saya di Sabah dan Sarawak,"tegas Lina Soo.
SakSaMa akan memfokuskan perjuangan untuk pembaharuan menstruktur semula kuasa politik, hasil dan sumber negeri secara adil seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
![]() |
| Logo parti STAR akan digunakan oleh SakSaMa |
SakSama dipengerusikan oleh Phillip Among (Presiden MUPP) dan Setiausaha SakSaMa pula disandang oleh Jack Giau (Presiden Perpaduan). Pada awalnya, SakSama dipercayai turut dianggotai oleh People's Alternative Party (PAP) yang berpusat di Semenanjung Malaysia, Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDS Baru) yang berpangkalan di Sarawak dan Parti Kebangsaan Sabah (PKS) di Sabah namun tiga parti ini menafikan pembabitan dalam SakSaMa.- WARTAKOPI




No comments:
Post a Comment
Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.