Terkini

Post Top Ad

Your Ad Spot

17 February 2018

Gabungan Sabah Bentuk Organisasi Padu

Sedar atau tidak, selain kewujudan gabungan politik Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (HARAPAN), dan Gagasan Sejahtera (GAGASAN), terdapat sebuah lagi gabungan politik muncul.

Gabungan Sabah (GS) muncul sebagai gabungan politik ketiga yang mempunyai struktur tersusun selepas BN dan HARAPAN.

Gabungan Sabah dianggotai empat parti tempatan Sabah iaitu Parti Solidariti Tanah Airku (STAR Sabah), Sabah Progressive Party (SAPP), Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS) dan Parti Harapan Rakyat Sabah (HARAPAN RAKYAT).

Kemunculan Gabungan Sabah adalah sejajar dengan hasrat dan aspirasi rakyat Sabah yang menginginkan perpaduan parti-parti pembangkang tempatan Sabah untuk memperjuangkan hak-hak rakyat Sabah.

Gabungan Sabah bukan sahaja satu strategi politik untuk mematahkan kelicikan tektik pecah dan perintah persekutuan, malah Gabungan Sabah juga akan merealisasikan hasrat rakyat Sabah untuk menyaksikan kekuatan dan perpaduan parti-parti pembangkang tempatan.

Pada 12 Februari 2018, Gabungan Sabah secara rasmi mengumumkan Majlis Jawatankuasa Pusat yang menampilkan kombinasi ampuh antara pemimpin berpengalaman dengan pemimpin muda yang dinamik dan meyakinkan.

Gabungan Sabah dipengerusikan oleh Datuk Mohd Noor Mansoor, mantan Menteri Kewangan Sabah. Kepimpinan Datuk Hj. Mohd Noor Mansoor dimantapkan lagi oleh barisan Timbalan-Timbalan Pengerusi yang terdiri daripada empat Presiden parti Gabungan Sabah. Mereka ialah Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee dari SAPP, mantan Ketua Menteri, Datuk Dr. Jeffery Kitingan dari STAR, seorang perjuang sebenar hak-hak Sabah yang pernah ditahan selama dua tahun di bawah ISA pada 1991, Datuk Seri Panglima Lajim Hj. Ukin dari Harapan Rakyat, mantan Timbalan Ketua Menteri yang berjaya membuktikan keunggulanya di Beaufort dengan menewaskan UMNO dalam PRU13 dan Dato Mohd Arshad Mualap dari Parti Perpaduan Rakyat Sabah, seorang pemimpin muda dan bekas guru yang telah menunjukkan keberanian bertanding sebagai calon bebas menentang Ketua Menteri di DUN Sungai Sibuga dalam PRU13.

Barisan Majlis Pusat Gabungan Sabah

Barisan Penuh Majlis Pusat Gabungan Sabah adalah seperti berikut:

Pengerusi: Datuk Hj. Mohd Noor Mansoor

Timbalan Pengerusi: 
Datuk Dr Jeffery Kitingan (STAR) Datuk Seri Panglima Yong Teck lee (SAPP) Datuk Seri Panglima Lajim Hj. Ukin (HR) Dato Mohd. Arshad Mualap (PPRS)

Setiausaha: Mr.Edward Dagul (SAPP)

Bendahari: Mr. Rubbin Guribah (STAR)

Ketua Penerangan: Mr. Ashim Jamat (HR)
Penasihat Perundangan: Datuk Maijol Mahap (HR)
Pengarah Latihan: Mr. Jalumin Bayogoh (STAR)
Ketua Wanita: Datin Seri Panglima Normila Siong (HR)
Ketua Pemuda:: Mr. Jamain Sarudin (SAPP)

Ahli-Ahli Majlis: 
 Mr. Edward Linggu (STAR) Mr. Guandee Kohoi (STAR) Mr. Robert Tawik (STAR) Ms. Evelyn Gobile (STAR) Mr. Hj. Amde Sidik (SAPP) Ms. Melanie Chia Chui Ket (SAPP) Datuk Richard Yong We Kong (SAPP) Mr. Japiril Suhaimin (SAPP) Mr. Patrick Sadom (HR) Mr. Abdin Hj. Darus (HR) Ms. Ester Otion (HR) Mr. Mohd. Ashraf Chin Abdullah (PPRS) Mr. Said Tiblan (PPRS) Ms. Allaidly Payon (PPRS) Ms. Anesthicia Bte Usun (PPRS)

Struktur Gabungan Sabah ini merupakan lambang betapa seriusnya gabungan ini untuk menjadi pilihan rakyat Sabah terutama menjelang PRU-14 nanti. - WARTAKOPI

No comments:

Post a Comment

Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Post Top Ad



Your Ad Spot

Pages