Album pertama mereka berjudul Cinta Agung terbitan Rufaqa' Production. Selepas itu, nama Qathrunnada sepi seketika.
Mereka muncul semula pada tahun 2013 dengan album kedua berjudul Dengan RahmatMu terbitan ImanEVI. Penerimaan semula peminat terhadap Qathrunnada menyebabkan mereka mengambil langkah berani untuk terus muncul dengan album ketiga, Ramadhan Bulan Rahmat Syawal Bulan Kemenangan (2015) dan Ya Rasulullah (2016).
Walaupun dalam suasana ramai artis sekadar tampil dengan single namun Qathrunnada memberanikan diri untuk tampil dengan album penuh kelima mereka, Cinta Teragung.
Cinta Teragung tampil dalam keadaan Qathrunnada yang lebih bersedia berbanding album Ramadhan Bulan Rahmat Syawal Bulan Kemenangan dan Ya Rasulullah. Album terbitan Qathrunnada Entertainment & AFT Marketing ini lebih tersusun dari aspek grafik kulit album dan susunan muzik serta vokal.
Album ini yang memuatkan 12 buah lagu masih mengekalkan nasyid yang sebenar. Vokal yang syahdu menjadikannya ramuan yang baik dalam menghayati bait-bait lirik lagu album ini.
Kata- kata dan lirik-lirik dlm album ni adalah dari kata- kata tokoh Islam seperti Imam Syafie RA dan Abuya Imam Ashaari Attamimi. Antara lagu yang terkandung dalam album ini ialah Qalbi Yunadi Ya Rab, KasihMu Tuhan, Erti Kenal Tuhan, Cinta Teragung, Sifatullah, Takutkan Tuhan, Doa Imam Syafie, KeredhaanMu. Subhanallah, Air Mata Hamba dan Mencari Tuhan.
![]() |
| Pelancaran album Cinta Teragung. |
Album Cinta Teragung telah dilancarkan di Madrasah Tahfiz Arrazi,Batang Kali, Selangor pada 28 Januari 2018 yang lalu. Dari 5 bintang, album Cinta Teragung layak diberi 4 bintang!-WARTAKOPI




No comments:
Post a Comment
Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.