Kekuatan vokal Hasnul menyebabkan para peminat genre ketuhanan menerima kehadiran Diwani. Bersama Diwani, mereka sempat melahirkan beberapa buah album iaitu Jalan Yang Satu (1998), Satu Peringatan (2001), Satu Cinta (2005) dan Satu Seruan.Perjuangan seni Ustaz Hasnul Jamal atau dikenali sebagai Hasnul Diwani diteruskan secara solo. Antara album zikir yang pernah diterbitkan ialah Juzuk Amma, Zikrullah Rintihan Munajat, dan Nazam Selawat.
Bagi album nasyid pula, Hasnul Diwani muncul dengan solo pertama berjudul Satu Cinta (2010). Seterusnya, Hasnul Diwani muncul dengan album berkonsepkan usahawan berjudul Ekonomi Islam pada tahun 2017.
Album Ekonomi Islam yang diterbitkan pada tahun 2017 merupakan projek sulung Hasnul Diwani bersama Byond Production Sdn Bhd.
Bagi tahun 2018, Hasnul Diwani tampil lagi bersama Byond Production untuk projek kedua. Hidup Ini merupakan judul album terbaru tersebut.
"Hidup Ini merupakan kesinambungan untuk album Ekonomi Islam. Hidup Ini adalah berkisarkan tentang kehidupan bangsa usahawan yang tidak boleh lari dari membawa Tuhan dalam membantukan bisnes," ujar Abdul Basit selaku Penerbit Eksekutif untuk album ini menerusi status di laman sosial Facebooknya.
Album Hidup Ini memaparkan 5 buah lagu iaitu Hidup Ini, Kawan, Pandangan Hakiki, Jangan Tinggalkan Aku Tuhan dan Wahai Tuhan.
Semua lagu dalam album ini merupakan nasyid-nasyid lama yang disegarkan semula. Rakaman untuk album ini telah dilakukan di Exists Studio.
![]() |
| Pelancaran album Hidup Ini. Sumber: Byond Success |



No comments:
Post a Comment
Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.