Terkini

Post Top Ad

Your Ad Spot

24 March 2020

10 Tabung COVID-19 Untuk Anda Menderma

Selain peranan yang dimainkan oleh badan bukan kerajaan (NGO), rakyat Malaysia juga boleh memberi sumbangan dalam bentuk wang ringgit melalui tabung-tabung yang telah diwujudkan.

Berdasarkan portal Astro Awani, beberapa tabung disenaraikan bagi mengelakkan pihak tak bertanggungjawab mengambil kesempatan mengutip derma secara haram. 

1. Tabung COVID-19 Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) 


Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 11 Mac memaklumkan inisiatif kerajaan untuk melancarkan Tabung COVID-19 dalam membantu rakyat yang tidak bekerja dan terjejas berikutan dikuarantinkan dalam bentuk kewangan.

Dikendalikan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), sumbangan boleh disalurkan ke:
16010001138714 (Bank Muamalat - Tabung Bantuan Bencana Negara).

2. Tabung Musa’adah COVID-19 JAKIM


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri melancarkan Tabung Musa’adah COVID-19 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bertujuan membantu kerajaan meringankan beban pihak yang terjejas akibat pandemik ini.

Orang ramai boleh membuat sumbangan kewangan melalui nombor akuan 16027010001528 Bank Islam Malaysia Berhad atas nama Tabung Bencana Alam sama ada melalui transaksi atas talian perbankan internet, deposit di mesin ATM dan sebagainya dengan Rujukan Derma Covid-19.

3. Tabung COVID-19 MedTweetMY 


Sebuah organisasi berkaitan kesihatan, Persatuan Tweet Perubatan Malaysia (MedTweetMY), melancarkan tabung khas bagi memberi bantuan dan sokongan kepada semua petugas barisan hadapan negara seperti kakitangan hospital dan pasukan keselamatan.

Menerusi perkongsian organisasi itu di akaun rasmi Twitter, sumbangan boleh dibuat kepada nombor akaun 8009117785 (CIMB Bank) atas nama Bantuan Khas Untuk Barisan Hadapan.

4. Tabung Pandemik COVID-19 Mercy Malaysia 

Mercy Malaysia pada 18 Mac 2020 melancarkan Tabung Pandemik COVID-19 untuk menyokong sistem penjagaan kesihatan yang mengalami tekanan yang teruk berikutan penularan wabak itu dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. Pengarah Eksekutif pertubuhan bukan berasaskan keuntungan itu, Amran Mahzan berkata sumbangan boleh dibuat melalui www.mercy.org.my atau terus kepada MERCY Humanitarian Fund (Maybank 5621 7950 4126) atau MERCY Malaysia (CIMB 8000-7929-08).

5. Tabung Bantuan Frontliners Covid-19 Sinar Harian


Syarikat akhbar dan media juga antara saluran yang boleh diyakini. Sinar Harian, dibawah operasi Sinar Karangkraf Sdn. Bhd.  melancarkan Tabung Bantuan Frontliners Covid-19 bagi membantu petugas di barisan hadapan Malaysia seperti doktor dan jururawat dalam mengekang penularan pandemik COVID-19. Memetik laporan akhbar itu, sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank Sinar Karangkraf bernombor 514271254025.

6.Bantuan Kemanusiaan Covid-19 Media Prima Bhd 


MEDIA Prima Bhd melancarkan kempen mengumpul dana Bantuan Kemanusiaan COVID-19 menerusi Tabung Kemanusiaan Media Prima-NSTP bagi membantu kerajaan terutamanya dalam merawat pesakit dan membantu mereka yang terjejas. Sumbangan boleh dibuat melalui cek, perbankan dalam talian atau deposit kepada Media Prima-NSTP Humanitarian Fund (MAYBANK: 5141-0532-3170).

Untuk pengeluaran resit, penderma boleh mengemel slip transaksi bank dengan menyatakan COVID-19 kepada communications@mediaprima.com.my.

7. Tabung PERWIRA COVID-19 Aman Palestin 


Aman Palestin turut melancarkan Tabung PERWIRA COVID-19 bertujuan mengumpul dana untuk menyalurkan bantuan keperluan hospital dan petugas serta bantuan asas kesihatan seperti pakaian pelindung (PPE), topeng muka dan cecair pembasmi kuman. Bantuan boleh disalurkan ke akaun Aman Palestin Berhad seperti berikut:

Bank Islam: 12029010047880
Maybank: 562263010787
CIMB: 8600460353 Billplz:
https://www.billplz.com/apbangi

8. Kesatuan Pekerja Swasta Hospital Kerajaan 


Selain pegawai perubatan, pekerja pembersihan di hospital juga memainkan peranan yang penting bagi memastikan kebersihan di pusat perubatan sentiasa terjaga. Justeru, Kesatuan Pekerja Swasta Hospital Kerajaan turut mengambil inisiatif untuk memberikan sumbangan dari segi peralatan pencegahan seperti topeng muka kepada mereka.

9.FV COVID-19 Support Fund 

Pengasas FashionValet, Vivy Yusof dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan, IMAM Response and Relief Team (IMARET) turut tampil melancarkan tabung yang dinamakan FV Covid-19 Support Fund. Orang ramai boleh menderma di pautan www.simplygiving.com/fv-covid19-support-fund.

10. KitaFund Tabung COVID-19: Bantu Jiran Kita 


Tabung COVID-19 Bantu Jiran Kita merupakan inisiatif kempen dalam talian, KitaFund bersama individu, Priya Simmi yang juga dikenali sebagai Mrs World Malaysia 2019. Difahamkan, bantuan kecemasan itu akan disalurkan kepada golongan yang terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan. 

Klik disini untuk menyalurkan sumbangan anda kepada KitaFund.

Ayuh rakyat Malaysia! #kitajagakita #kitalahMalaysia. 

No comments:

Post a Comment

Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Post Top Ad



Your Ad Spot

Pages