Terkini

Post Top Ad

Your Ad Spot

18 March 2020

Kemunculan Semula Dzil Afnan & InHeart

Setelah sekian lama menyepikan diri, akhirnya dua buah kumpulan nasyid bakal membuat kemunculan semula bagi memeriahkan lagi industri nasyid untuk tahun 2020 ini.

Kumpulan Dzil Afnan yang berasal dari Kedah, difahamkan bakal tampil dengan single terbaru mereka. Pengumuman ini disampaikan menerusi laman Facebook rasmi mereka pada 7 Februari 2020.

"Nantikan single yang penuh bermakna dari kami (duet) bersama Abang Haji Hazamin (Inteam) tidak lama lagi. Terima kasih kepada semua para penaja". - sumber: Facebook Dzil Afnan

Dzil Afnan ditubuhkan pada tahun 2005. Pada awalnya, kumpulan ini terdiri daripada lima orang bekas pelajar SMA Nahdzah.

Pada tahun 2008, Dzil Afnan pernah tampil dengan album sulung mereka berjudul Langkah Pertama terbitan Rony's Music Studio.

Dzil Afnan bakal berduet bersama Hazamin (Inteam).
Sumber: Facebook Dzil Afnan

Difahamkan single terbaru mereka nanti berjudul Bahagia Sejati hasil sentuhan Wan Salleh dan Hazamin Inteam manakala liriknya oleh Ito Lara.

Selain Dzil Afnan, sebuah lagi kumpulan nasyid turut membuat comeback. InHeart membuat pengumuman di laman Facebook mereka pada 21 Februari 2020.

"Comeback is real guys!! Inheart, Syarat Bercinta".- sumber: Facebook InHeart.

Kumpulan InHeart merupakan antara finalis program realiti tv Akademi Nasyid 2009 suatu ketika dahulu. Mereka pernah tampil dengan album sulung pada tahun 2009, Sakura terbitan Qarismatiq Records.

InHeart di pejabat Inteam Records.
Sumber: Facebook Inheart
Syarat Bercinta merupakan karya yang telah 'disimpan' hampir sepuluh tahun lalu. Kemunculan semula Inheart ini turut menampilkan kerjasama bersama Inteam.


Kepada yang belum mengenali Inheart, bolehlah mendengar dahulu lagu Sakura nyanyian kumpulan ini pada tahun 2009 yang lalu.

No comments:

Post a Comment

Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Post Top Ad



Your Ad Spot

Pages