Terkini

Post Top Ad

Your Ad Spot

18 March 2020

Qiamat: Kelembutan Di Sebalik Kekerasan

Album : Barzakh dan Nyata
Artis : Qiamat
Label : Rock2Kome Records

Qiamat, satu nama yang semakin dikenali terutama bagi aliran indie metal sekitar negeri Perak. Qiamat sebuah band berasal dari Ipoh, Perak. Tunjang utama kumpulan ini ialah Jais selaku vokalis. Manakala tenaga pemuzik pula dibuat secara undangan.

Berbekalkan tujuh buah lagu, album sulung Qiamat ini ada tarikan tersendiri. 'Barzakh dan Nyata' memulakan penjelajahan album ini dengan satu mesej tentang alam kematian yang akan dilalui semua manusia. 

Kisah alam barzakh atau alam kubur tersebut diteruskan lagi melalui 'Jenazah Akukah Ini'. Kali ini, Qiamat menyelitkan kisah kehidupan seseorang yang telah mati di alam kubur. Ada unsur suspen dalam lagu ini terutama ungkapan Marabbuka! 

Trek ketiga, 'Keinsafan' pula lebih ke arah mesej mengajak pendengar untuk muhasabah diri. Alunan melodi Qiamat diteruskan melalui karya keempat, 'Alam'. Masih menyelitkan unsur ketuhanan, lagu ini lebih 'ringan' untuk difahamkan berbanding tiga trek pertama.

Trek kelima, 'Cinta Gadis Gunung' menukar sedikit arah Qiamat. Sekali imbas, lagu ini ada unsur jiwang sedikit berbanding empat trek terawal. Gadis gunung yang dimaksudkan dalam lagu ini masih tinggal misteri yang perlu dirungkai. Hanya penulis liriknya, Jais, vokalis Qiamat yang mengetahui siapakah gadis tersebut.

'Perawan Impian' meneruskan arah 'kejiwangan' Qiamat. Kekal dengan melodi metal, lagu ini seakan kesinambungan untuk trek kelima. 'Langsuir Liar' menutup perjalanan album ini. Trek ini merupakan lagu nyanyian asal kumpulan Rusty Blade yang diberi nafas baru.

Secara keseluruhan, album Barzakh dan Nyata ini telah dihasilkan dengan teliti dan berkualiti. Vokal Jais selaku peneraju utama Qiamat sesuai dengan konsep muzik yang dibawa. Di sebalik 'kekerasan', ada 'kelembutan' dakwah yang cuba disampaikan.

Album Barzakh dan Nyata diterbitkan secara digital pack (cakera padat). Album ini boleh didapati melalui laman web Rock At Large, Shopee, atau laman Facebook Qiamat

No comments:

Post a Comment

Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Post Top Ad



Your Ad Spot

Pages