PFP merupakan parti yang ditubuhkan pada September 2016. Pada awal penubuhannya, PFP pernah mencetuskan kontroversi apabila mencadangkan pembinaan kasino di Pulau Pinang jika diberi mandat dalam Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14).
Dalam sidang media tersebut, PFP mengumumkan pelantikan Datuk Patrick Ooi sebagai Penasihat PFP. PFP turut mengumumkan akan menggunakan slogan "Penang for Penang Lang" (P.Pinang untuk Warga P.Pinang) dalam menghadapi kerajaan Pulau Pinang yang dipimpin oleh Pakatan Harapan (HARAPAN) melalui Democratic Action Party (DAP).
PFP akan meletakkan sekurang-kurangnya 13 calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang dalam PRU14.
![]() |
| PFP memperkenalkan Jawatankuasa Parti |
"Sebelum ini kami memberi tumpuan untuk bertanding di (DUN) Air Putih, tetapi kini kami mempunyai matlamat yang lebih besar," kata Patrick Ooi.
PFP merupakan satu-satunya parti berteraskan negeri di kawasan Semenanjung Malaysia.
PRM PULAU PINANG TERIMA LEBIH 100 AHLI
![]() |
| PRM Pulau Pinang terima lebih 100 ahli baru |
Tan Hiang Lye merupakan bekas Setiausaha Organisasi Parti GERAKAN Negeri Kedah.
Menurut Tan, pasukannya ditubuhkan selepas dia meninggalkan parti GERAKAN namun masih dituduh dibayai oleh Barisan Nasional (BN).
Justeru, langkah menyertai PRM diambil bagi memudahkan lagi mereka berkhidmat untuk rakyat di bawah lambang parti politik. - WARTAKOPI





No comments:
Post a Comment
Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.