Terkini!

UNIC Juara Gema Gegar Vaganza


Pentas akhir Gema Gegar Vaganza (GGV) menyaksiakan kumpulan UNIC menjadi juara bagi musim pertama ini.

UNIC berjaya menewaskan 5 artis lain dengan membawakan lagu Ainul Mardhiah di segmen solo serta lagu Kalah Dalam Menang di segmen battle. Juara GGV ini membolehkan UNIC merangkul wang tunai berjumlah RM100,000 dan trofi sumbangan Astro.

Naib juara, Hijjaz yang menyampaikan lagu Fatamorgana dan lagu Alhamdulillah di segmen battle berjaya membawa pulang wang tunai RM30,000 beserta trofi sumbangan Astro. Hijjaz turut menjadi pemenang Anugerah Persembahan Pilihan Penonton yang dipilih menerusi undian penonton di laman web GGV. Hijjaz berjaya membawa pulang wang tunai RM5,000.

Tempat ketiga pula dimenangi oleh Mirwana yang menyampaikan lagu Ya Rasulullah dan lagu Alhamdulillah di pusingan battle. Mirwana berjaya membawa pulang wang tunai bernilai RM20,000 serta trofi sumbangan Astro.

Tempat keempat pula dimenangi oleh Azmi Caliph Busker. Menyampaikan lagu Damai Yang Hilang dan lagu Aku Maafkan Kamu di pusingan battle, Azmi membawa pulang wang tunai bernilai RM10,000 dan trofi sumbangan Astro. Anugerah Gema Terindah, kategori Gempak Gempur juga turut dimenangi oleh Azmi. Azmi berjaya membawa pulang wang tunai RM15,000 sumbangan Kopi Pak Belalang. Hadiah tersebut akan disalurkan kepada badan amal atau individu yang memerlukan. Tempat kelima dimenangi oleh Hafiz Hamidun yang menyampaikan lagu Nur Kasih dan lagu Aku Maafkan Kamu di pusingan battle. Hafiz berjaya membawa pulang wang tunai bernilai RM10,000 dan trofi sumbangan Astro.

Tempat keenam dirangkul oleh kumpulan Saujana yang menyampaikan lagu Penerang Hati dan lagu Kalah Dalam Menang di pusingan battle. Saujana berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM5,000 dan trofi sumbangan Astro. - ASTRO

0 komentar:

Post a Comment

Assalamualaikum & salam sejahtera,
Komenlah dgn hikmah,admin tak bertanggungjawab atas komen yang dikeluarkan oleh anda