Halim Ahmad merupakan antara penggiat industri nasyid Malaysia yang telah menaikkan imej industri tersebut melalui karya-karya seninya.
Bakat yang ada untuk menulis lirik dan bertindak sebagai komposer, telah digunakan sebaik mungkin dalam memajukan industri nasyid.
Halim Ahmad merupakan salah seorang tunjang utama kumpulan Devotees. Bersama kumpulan tersebut, Halim merakamkan beberapa buah album bermula dengan Devotees (2005),diikuti Alternatif Hiburan Bermotivasi (2007), 336 (2012) dan Berjalan Tanpa Henti (2012).
Halim Ahmad telah meneroka perjalanan solo memandangkan semua ahli Devotees mempunyai kerjaya tersendiri.Namun, ia bukanlah bermakna dirinya telah keluar daripada Devotees.
Perjalanan solo Halim Ahmad bermula dengan album Zikir Para Perindu Syurga (2012), diteruskan dengan album kedua Hai Anak (2016).
Atas labelnya sendiri, Neurotic Studio, Halim Ahmad juga pernah menerbitkan karya-karya untuk penasyid tempatan melalui projek Nasyid Indie. Projek ini berjaya direalisasikan melalui tiga buah album iaitu Nasyeed Underground Vol. 1 (2009), Nasyeed Semesta Vol. 2 (2011) dan Koleksi Nasyid Indie Vol. 3 Simbolik (2014).
Neurotic Studio juga pernah menerbitkan album artis Hilwan- Tak Jemu Menyayangiku (2013), Sofieya - Teman Terlalu Akrab (2008) dan Fellhoney - Wanita Istimewa (2014).
Neurotic Studio juga pernah menerbitkan album artis Hilwan- Tak Jemu Menyayangiku (2013), Sofieya - Teman Terlalu Akrab (2008) dan Fellhoney - Wanita Istimewa (2014).
Bagi tahun 2020, Halim Ahmad menerbitkan sebuah album penuh ketiganya, Cuba Kusampaikan. Album ini telah diterbitkan secara digital dan diumumkannya sendiri di laman Facebooknya.
"Now Available! Pengguna JOOX, korang boleh layan album baru saya ni. Memuatkan semua lagu single saya pernah release, confirm ada lagu yang korang tak pernah dengar,"ujarnya di laman Facebooknya pada 26 Mac 2020.
![]() |
| Album Cuba Kusampaikan. |
Album ini merupakan himpunan single yang pernah dinyanyikan oleh Halim Ahmad. Cuba Kusampaikan boleh didapatkan di platform digital JOOX, iTunes dan Sportify.




No comments:
Post a Comment
Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.