![]() |
Foto: Ashraf Abu Amr. Sumber berita: Palestine Today.
|
Seorang wanita muda, Nafin Abu Salim, mengatasi keadaan yang membosankan tinggal di rumahnya dengan melukis kartun kesedaran tentang keseriusan virus Corona (COVID-19).
Nafin mengambil keputusan untuk melukis selepas dikenakan kuarantin rumah selama 14 hari selepas kembali ke Gaza dari Arab Saudi.
Menurut portal Palestine Today, Nafin memanfaatkan masa terluang untuk mencungkil dan mengembangkan bakatnya melukis sebagai satu langkah untuk dirinya menjadi salah seorang pelukis terkenal di Palestin.
Nafin telah kembali ke Gaza selepas menunaikan umrah di Arab Saudi. Dirinya dikuarantin selama 14 hari di rumah berikutan arahan kerajaan Palestin untuk mengenakan kawalan pergerakan ke atas rakyatnya ekoran virus COVID-19 ini.
Nafin memutuskan untuk mempraktikkan bakatnya dengan menarik cerita kanak-kanak, dan dia memilih topik-topik yang selaras dengan realiti berdasarkan virus Corona yang menyebabkan kematian lebih berpuluh ribu orang di dunia.
Kementerian Kesihatan Palestin mencatatkan kes kematian di Bethlehem akibat jangkitan virus itu pada 25 Mac 2020, manakala jumlah jangkitan meningkat kepada 64 kes virus orona di Palestin, termasuk dua kes yang dicatatkan di Semenanjung Gaza.

No comments:
Post a Comment
Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.