Dalam mengharungi ujian wabak Coronavirus-19 (Covid-19), jasa dan pengorbanan para petugas barisan hadapan (frontliners) sememangnya tak boleh dinafikan. Kegigihan mereka tatkala dalam tempoh getir ini nyata memberi kesan positif kepada rakyat dan negara Malaysia.
Bagi menghargai sumbangan dan jasa para barisan hadapan terhadap negara, para penggiat industri nasyid Malaysia mendedikasikan karya seni masing-masing khas buat petugas barisan hadapan.
1. Azhary - PadaMu Tuhanku
Lirik: Zainal Rashid Ahmad.
2. Soutul Amal - Barisan Hadapan
Lirik : Firdaus Sahiddin, Megat MS, IM Fakhrul,
Lagu: Firdaus Sahiddin, IM Fakhrul, Abu 'Aasim, Abu 'Affan
Soutul Amal Records 2020
Single ini ialah sebuah projek amal dan pembangunan modal sosial khas Soutul Amal dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman. Single khas ini mengambil masa 4 hari untuk disiapkan.
3. Ustaz Ahmad Muzani f.t Syafiq Muzark - Terima Kasih Frontliners
Lirik: Ustaz Ahmad Muzani
K-Production Studio
4. Anas Tahir - Mawar Ungu
Lirik: Dato' Sohaimi Shahadan.
"Truly, deeply from the bottom of my heart. This song we dedicate to all Frontliners across the globe especially to Malaysian Frontliners during covid-19. #ThankYouHeroes #TerimaKasihHero #WeLoveYou," ujar Anas Tahir.
Senarai karya akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Buat para petugas barisan hadapan, teruskan perjuangan. Doakan kekuatan fizikal, mental dan rohani buat mereka.



No comments:
Post a Comment
Wartakopi {dot] Net tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.