TERKINI!

Kenali Briged al-Qassam

oleh: Studiokini 

Saban hari kita akan lihat tentera Israel menggempur penduduk Palestin sama ada di Tebing Barat (West Bank) mahupun Gaza.

Kekejaman Israel dilihat memfokuskan wilayah Gaza berbanding Tebing Barat. Mengapa? Kerana Gaza adalah wilayah Palestin yang menjadi kubu kuat pemerintahan HAMAS.

Gaza diperintah oleh HAMAS sejak HAMAS, yang beraliran Islam, memenangi pilihanraya yang julung kali disertainya pada Januari 2006, mengalah pakatan pimpinan Fatah yang beraliran nasionalis. Namun kemenangan HAMAS di Gaza dan Tebing Barat dinafikan Barat, termasuk Israel dan Fatah. Dan akibatnya, Fatah dan Hamas terjerumus dalam konflik yang menyebabkan pentadbiran Palestin terpecah dua, Fatah memerintah Tebing Barat dan Hamas memerintah Gaza.

Sejak itu jugalah, pihak keselamatan Palestin di Gaza diambil alih oleh HAMAS melalui sayap tenteranya, Briged Izzudin al-Qassam, serta dibantu oleh pasukan lain seperti Briged al-Quds (milik Jihad Islam), serta sayap tentera dari PFLP dan PRC.

Briged al-Qassam adalah barisan pejuang bersenjata Palestin yang telah diasaskan penubuhannya oleh Sheikh Ahmad Yassin (Pengasas HAMAS), Dr Ibrahim al Maqadema dan Sheikh Salah Shehada sejak tahun 1984.
Sheikh Izzudin al-Qassam
Nama al-Qassam diambil sempena nama seorang tokoh dari Syria yang berhijrah ke Palestin, Sheikh Izzudin al-Qassam. Beliau yang telah terkorban syahid di Ya’bad, Palestin bagi mempertahankan bumi ini daripada penjajahan Inggeris pada tahun 1935.

Kekuatan Briged al-Qassam bukanlah terletak pada senjata yang moden. Tak logik untuk kita katakan Palestin memiliki kelengkapan tentera yang hebat. Senjata yang ada pun hanyalah sekadar senjata ringan. Malah Palestin sendiri tidak mempunyai tentera, tetapi keselamatan mereka dikawal oleh polis serta pejuang sahaja.

Namun semangat jihad yang dimiliki, menjadi tunjang kekuatan Briged al-Qassam. Objektif utama penubuhan Al- Qassam adalah mempertahankan tanah suci Palestin daripada penjajahan Zionis yang zalim, membebaskan tanah Palestin dan seluruh tanahnya yang dirampas di Tebing Barat serta memantapkan semangat jihad dalam kalangan orang Palestin.

Disiplin dalam pasukan amat dititik beratkan oleh Briged al-Qassam. Mereka yang ingin berjuang atas panji al-Qassam perlu memenuhi syarat tertentu antaranya:
  1. Gigih berpegang dengan ajaran Islam
  2. Kuat mengamalkan sunnah Rasulullah SAW.
  3. Menjaga solat 5 waktu secara berjamaah
  4. Mengimani perjuangan pembebasan al Aqsa dan Palestin
  5. Berdisiplin dan mentaati kepimpinan
  6. Mencintai dan bersedia untuk syahid
ROKET QASSAM

Roket buatan Briged al-Qassam pula dikenali sebagai roket Qassam. Ada beberapa siri roket Qassam iaitu:

1.Qassam I

Roket ini mempunyai berat 77 pound, mempunyai diameter 4.5 inci, panjang 6 kaki serta mampu mencapai jarak maksimum 1.86 batu. Kepala peledaknya adalah seberat 18 pound. Sasaran utama adalah Sderot dan sekitarnya. Setakat ini, roket Qasssam I adalah roket paling banyak digunakan untuk membalas serangan rejim zionis.
roket Qassam II
2. Qassam II:
Roket ini mempunyai berat 88 pound, mempunyai diameter 4.5 inci, panjang 6 kaki serta mampu mencapai jarak maksimum 4.35 batu. Kepala peledaknya adalah seberat 8.8 pound. Sepertimana Qassam I, Qassam II digunakan untuk menghentam wilayah Sderot dan sekitarnya.

3. Qassam III:
Roket ini mempunyai berat 110 pound , mempunyai diameter 4.5 inci, panjang lebih 8 kaki dan mampu mencapai jarak maksimum sehingga 6.21 batu. Qassam III mengandungi peledak seberat 17.6 pound. Qassam III mampu mencapai sasaran sehingga ke Askelon dan kawasan sekitarnya.

4. Qassam IV:
Roket ini mempunyai berat daripada 88 hingga 110 pound , mempunyai diameter sebanyak 4.5 inci, panjangnya lebih 8,5 kaki dan mampu mencapai jarak maksimum 9 batu bahkan ada yang mencapai lebih jauh daripada itu. Kepala peledaknya mempunyai berat sehingga 22 pound. Qassam IV mampu mencapai Ashkelon dan mempunyai kekuatan dalam pencapaian jarak dengan teknologi yang semakin membangun.

Dan mungkin ada lagi rahsia kekuatan Briged al-Qassam. Semoga Allah memberi kemenangan kepada para mujahidin Islam. Allahu Akbar!

sumber rujukan :
1.Briged al Qassam – Generasi muda perindu syahid
2. Iron Dome milik Israel dan Roket al-Qassam milik Hamas

0 komentar:

Post a Comment

Assalamualaikum & salam sejahtera,
Komenlah dgn hikmah,admin tak bertanggungjawab atas komen yang dikeluarkan oleh anda