Terkini!

Cintaku Hanya Satu - Imam Shazly

Perjuangan dalam hiburan Islam bukan baru bagi insan ini. Dulu beliau pernah tampil bersama kumpulan al-Wadi kemudian meneruskan perjuangan bersama kumpulan Wadi-L-Jadid. Bersama Wadi-L-Jadid, kumpulan tersebut pernah tampil dengan 3 buah album iaitu Kemenangan, Bahana Cinta dan Bicara Terakhir.

Kini, Ustaz Shazly meneruskan perjuangan secara solo. Perjuangan sebagai pendakwah bebas membolehkannya bergerak dalam bidang motivasi, tanpa meninggalkan dunia hiburan Islam. 

Kesibukan dalam bidang tugas pendakwah bukan satu alasan bagi beliau dalam meneruskan agenda dakwah melalui seni. Buktinya, Ustaz Shazly tampil dengan album solo terbarunya, Cintaku Hanya Satu.

Menggunakan gelaran Imam Shazly, album tersebut merupakan penampilan sulung beliau bersama Loonaq Records. Penerbitan album ini merupakan langkah terbaru beliau setelah beliau terlibat secara langsung dalam penerbitan dua buah album kumpulan Dhuha, yang semua anggotanya merupakan anak-anak beliau. 

Menyentuh mengenai album, Cintaku Hanya Satu memuatkan 5 buah tracklist iaitu Cintaku Hanya Satu, Brothers and Sisters, Allah Wal Mahsyar, Islam Means Peace dan Zikir Terukir.

Sedikit ulasan yang ditulis oleh Admin Kami Pencinta Nasyeed:

1. Cintaku Hanya Satu :
Sebuah lagu yang tersangat indah dan menusuk ke hati apabila dihayati.digabung dengan melodi yang syahdu membuatkan hati ingin menangis sewaktu mendengar lagu ini.lirik yang sangat menyentuh jiwa. Vokal imam shazly sangat terserlah tatkala mengalunkan kalimah syahadah dalam lagu ini.

2. Brothers & Sisters :
Sebuah lagu berbahasa Inggeris. Kini amat jarang artis nasyid malaysia menyanyikan lagu dalam bahasa Inggeris dan karya Imam Shazly ini sememangnya wajar dipuji dan diiktiraf. Lagu ini digabung dengan suara latar oleh kumpulan Dhuha menjadikan lagu ini sememangnya sangat mantap dan amat sedap didengar. Lagu ini sangat bagus jika dapat dipasarkan ke luar negara.Semoga akan ada video klip lagu ini di laman Youtube agar lebih ramai dapat mendengar lagu ini terutama yang berada di luar negara. A

3. Allah Wal Mahsyar :
Lagu yang di ilhamkan dari Asma Ul Husna ini dialunkan dengan begitu indah sekali.digabung dengan tiupan seruling oleh Mohar yang sememangnya sangat kena untuk lagu ini.apabila mendengar intro lagu ini terus teringat pada sebuah zikir alunan Imam Shazly dalam album Sentuhan Zikrullah kerana ia sememangnya mirip. Melodi lagu ini sangat mengasyikkan dan sangat mendamaikan.Semoga lagu ini juga dapat perluas keluar negara.

4. Islam Means Peace :
Sebelum lagu ini dapat didengar dalam album ini,lagu ini terlebih dahulu terkandung dalam album Imam Shazly sebelum ini yang juga bertajuk Islam Means Peace. Video klip lagu ini juga telah lama berada di laman Youtube dan lagu ini juga telah berjaya di bawa ke negara Jerman untuk satu acara. Album ini seakan album re-pack Islam Means Peace namun album ini dinaik taraf menjadi lebih baik dibawah terbitan syarikat Loonaq Records.Melodi lagu ini sememangnya peace. Suara latar oleh kumpulan Dhuha memantapkan lagi nyanyian dalam lagu ini.

5.  Zikir Terukir :
Lirik yang sangat puitis dan kreatif.melodi yang indah dan sangat kena dengan lagu bertemakan doa dan munajat kepada Allah s.w.t seperti ini.memang menenangkan jiwa apabila mendengar lagu ini.

6.  Doa :
Sangat menusuk jiwa mendengarkan bacaan doa ini. Walaupun ringkas namun ia mampu mengalirkan air mata kerana ia turut dibacakan dalam terjemahan bahasa Melayu.

Album ini boleh didapati secara online melalui Loonaq Records dengan harga RM16.90 sahaja. Dapatkan dipasaran sekarang!- STUDIOKINI

* Terima kasih kepada:
Kami Pencinta Nasyeed atas siaran review album ini

0 komentar:

Post a Comment

Assalamualaikum & salam sejahtera,
Komenlah dgn hikmah,admin tak bertanggungjawab atas komen yang dikeluarkan oleh anda