Terkini!

Pedoman Bergabung Kembali

sumber: Malaysian Digest
Setelah sekian lama menyepi dan membawa haluan masing-masing dalam bidang seni, akhirnya 2013 menyaksikan kumpulan Pedoman bergabung kembali dalam satu album kerohanian.

Mungkin ramai peminat seni Malaysia tidak sedar bahawa Dato Sri Raja Rezza Shah, Ahmad Fauzee, Ebby Saiful, Nassier Wahab dan Dato Syed Sobri pada suatu zaman dahulu merupakan artis nasyid serta pernah bergabung di bawah satu nama,Pedoman.

Mereka pernah tampil dengan album sulung pada tahun 1996 yang berjudul Hidup dan Pesan Nabi, di bawah terbitan Ambang Klasik Sdn Bhd. Album ini telah berusia hampir 16 tahun dan selepas kemunculan album sulung tersebut, kesemua anggota Pedoman membawa haluan sendiri sama ada dalam bidang nyanyian, atau lakonan.

Dalam usia yang boleh dikategorikan sebagai usia veteran, semua anggota Pedoman cuba membuktikan bahawa usia bukan satu halangan dalam mereka menyampaikan lagu mengikut edaran zaman kini.

"Album ni juga sebagai bukti, dalam usia kami yang dah tak berapa remaja lagi ni, kami boleh lagi terus berkarya. Memuatkan sebanyak 24 lagu. Sebanyak 12 daripadanya merupakan lagu yang pernah dimuatkan dalam album Pedoman.

"Tapi masa album pertama dulu saya tak turut serta, kali ini hasil pujukan kawan-kawan, saya berani kan diri untuk tampil dalam abum ni. Kalau nak dibanding dengan kawan-kawan saya ni, saya bukanlah seorang penyanyi sebenarnya. Saya hanya pernah libatkan diri dalam lakonan", kata Dato' Sri Raja Rezza Shah yang uga merupakan penerbit album tersebut pada sidang media seaktu pelancaran Pedoman 2, bertempat di sebuah hotel terkemuka di ibukota, baru-baru ini.- sumber Malaysian Digest

sekitar majlis pelancaran
Majlis pelancaran album Pedoman 2 telah disempurnakan oleh YTM Raja Kecil Raja Besar Perak Darul Ridzuan, Raja Dato' Seri Iskandar Dzulkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris Shah.

Mengimbas sejarah kemunculan Pedoman suatu ketika dahulu, segalanya bermula apabila Dato’ Sri Raja Rezza Shah telah terpanggil untuk menerbitkan album lagu-lagu berunsur keagamaan dan positif setelah menyedari wujudnya kekosongan lagu sebegitu dimainkan selepas azan berkumandang di televisyen mahupun radio. Beliau telah mengajak rakan-rakan baik seangkatan bergabung, lalu lahirlah album ‘Pedoman’ pada 1996.

Mengenai dengan album Pedoman 2, Takkan Berpaling DariMu, proses rakaman mengambil masa selama empat bulan dan mendapat khidmat sepenuhnya daripada komposer dan penerbit muzik Azman Abu Hassan yang menyuntik susunan muzik baru pada lagu-lagu dalam album berkenaan.

Lagu-lagu tersebut dipilih sendiri oleh Dato' Rezza Shah berdasarkan mesej-mesej positif keagamaan yang dialunkan dalam lagu-lagu nyanyian ini dapat memberi inspirasi serta menjadi sajian nurani untuk para pendengar sekalian.

Album Takkan Berpaling DariMu turut diselitkan dengan bonus CD album Pedoman 1, Hidup dan Pesan Nabi. Berikut adalah tracklist album Pedoman 1 dan 2:
album Pedoman 1 (1996)

PEDOMAN 1 
Pedoman, Sabar, Hidup & Pesan Nabi, Inikah Manusia, Pagi Ramadhan, Manusia & Tuhannya, Permaidani, Tuhan, Permaidani, Tiada Yang Kekal Melainkan Allah, Wudhu,dan Rukun Islam.

 PEDOMAN 2 
Insan Dan Bunga, Taqwa & Iman, Ya Illahi Rabbi, Oh Tuhan, Apakah Salah & Dosaku, Pandangan Ku Tentang Hidup, Maafkan Ingkarku,Cinta Nan Satu ,Tuhan Beri Aku Cinta, Pinta & Doa, Mari Bersembahyang ,dan Takkan Berpaling Darimu.

Album Takkan Berpaling DariMu merupakan sebuah produk terbitan United Studios Sdn Bhd.Dapatkan di pasaran sekarang!-Studiokini

0 komentar:

Post a Comment

Assalamualaikum & salam sejahtera,
Komenlah dgn hikmah,admin tak bertanggungjawab atas komen yang dikeluarkan oleh anda